Thursday, March 21, 2013

pizza tuna berkrim


Pizza ini di buat petang semalam. Hari ini baru berkesempatan letak entry di sini. Cuaca sekarang tersangat panas membuatkan kita sentiasa dahaga dan letih sangat. Harap musim kemarau ini akan berakhir tidak lama lagi . 
Bercerita mengenai pizza nie , terasa sangat nak makan lagi pun dengan petua yang chef azilah beri tu menambah lagi keinginan untuk merasai doh seperti yang chef katakan itu.
Akhirnya Alhamdulilah dapat juga merasai haruman doh berperisa bawang putih.

Saya masih mengunakan resepi doh pizza biasa (boleh refer resepi lama ) cuma dengan menambahkan serbuk bawang putih (garlic powder) Memang terasa sangat bila di tambah serbuk bawang seperti pizza yang di jual di restoran pizza terkenal tu.

Sos Pizza
untuk sekeping doh.

2 tbsb tomatu puree
2 tbsp tomato soup ( boleh buat sendiri dengan merebus dua bij buah tomato segar ...selepas rebus tos dan buang kan kulit. Cincang halus dan masak dengan sedikit minyat zaiton.  Tambahkan sedikit oregano ,garam dan sedikit gula ) siap.
1 tbsp cili sos

Inti.
1 tin kepingan tuna ...di buang air
3 tbsp sos mayonis
1 biji bawang kuning- di cincang halus

keju mozarella secukupnya
keju parmesan
keju chedar

Nota: terpulang lebih banyak gabungan keju lebih sedap dan kos pun bertambah . (guna tiga jenis je tapi kat kedai pizza terkenal tu guna 7 jenis)

Campurkan kesemua di atas Sedia untuk di tabur pada pizza.

Setelah pizza di bakar keluarkan dan di sembur sedikit degan minyak zaiton untuk tidak nampak kering dan mengiurkan kita yang nak makan haha. ( yang nie saya nampak budak kat kedai pizza tu buat ...dia guna minyak zaiton dalam botol yang siap dgn spry wire ) - Saya follow la


1 comment:

inahar ali said...

salam rindu noor..nak gak sepotong pizzaaa tuh!! daapnyer!!