Mimpi apa la pulak nak makan spaghetti time tengahari pulak kan. Alkisah nya saya memang letih sangat hari ini sebab baru pulang dari mengurut badan yang sakit sendi . Lama tak berurut ....sakitnya satu badan berasa. Harap selepas ini hilanglah segala bisa dalam badan. Saya nie memang tak suka pergi berurut badan sebab tidak selesa.
Apapun dengan urutan tadi tu dapat menjadikan tubuh badan saya kembali cergas ...insyallah. Amin.
Maka hidangan yang paling cepat adalah masak nie saja untuk lunch memandangkan sos bolognese ini saya masak untuk di buat lasagna ada banyak lagi.
Apapun yang saya nak sharekan hari ini adalah gambar bunga mawar kuning saya yang pertama kali mengeluarkan bunga sulong. Sukanya hati saya sebab mawar merah hati selalu dah keluar bunga dan kebetulan waktu ini kesemua bunga berkembang di mini taman. Hehe berbunga rasa hati yang letih tadi pun hilang setelah melihat kembang setaman.
1 comment:
assalam noor
lama takn spageti , menyelerakan tgknya he ghee lapar ni
cantiknya bunga2 rose tu, sedap dicium ni hihikk akan memang pantang nmpk rose
Post a Comment