Monday, February 25, 2013

chiffon custart caramel

Syukur dalam deman selsema masih dapat menyiapkan kek ini.  Sebenarnya dah lama mengidam nak makan kek caramel nie selalu saja bertangguh tangguh bila nak membuat. Tapi setelah buat rasanya tak sampai 1 jam dah pun selesai tugas dan siap mencuci segala alatan. Ummmm sungguh tak sangka nampak macam susah dan lama kat dapur ...sekejap saja dah siap.
Hehe apapun tidak termasuk waktu membakar laa...

 
Sebaik saja masak kita tunggu kek ini sejuk sedikit sebelu di terbalikan. Hasilnya walaaa ...cantik kejadian nya...Alhamdulilah.
Apa lagi terus je potong dan potong lagi hehe tinggal half saja untuk simpan esuk. Rasanya tak berapa manis ...berlemak sedikit dengan rasa kastad yang enak. Hmmmm apalagi cuba lah ...resepi saya salin kat bawah..


Chiffon custart caramel
sumber : DapurKakYah



A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)

3 biji kuning telur

40gm gula pasir

1 cawan susu cair

1 sudu besar kastad



Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya dan dikacau sebati.

Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)

Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.



B - 2 biji kuning telur

100 gm tepung naik sendiri

40 gm gula pasir

35 gm minyak jagung

95 gm air

1 sudu teh vanilla



C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)

1/2 sudu teh krim of tartar



Bahan B - digaul sebati.



Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.



Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat  20 minit tadi)



Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan masukkan berselang seli..

Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.



2 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Noor
woww sedapnya,kaler pun cantik
kek ni tak sama cam kek karemel ye
mesti cuba ni he he cp resepi ye Noor

Ayam said...

Wasalam mama sara nur >> mmg sedap dan lembut sangat.Rasa lebih kurang sama dgn kek karemel tapi cara penyediaan berbeza...sbb chiffon...putih telur di pukul asing..nie lah yang buat kek tu gebu dan mulus..hehe.