Friday, February 8, 2013

croissant "ala" delifrance

Minum pagi ala western. Teringat kisah lama dulu masa tu cafe delifrance ada di sunshine square bayan baru. Sekarang rasanya dah tak ada sebab lama saya tak kesitu lagi. Tempat hapenning di kala petang dah bertukar port jika tak ke Queensbay ...berjemur petang di tepian air belakang seagate. Waaaa ada kala laaa jika kita balik ke sana. Sejak kita tinggal di Kedah nie tak happening pon apa pun tak ada ..first time kena ikut Hb tinggal sini ...posting kerja ...hari hari merungut. Tapi ok lah juga sebab time tu kita masih berkerja di Pulau dan berulang tapi sekarang dah jadi fulltime surirumah terasa gak. 
Suasana di sini tidak sama dengan kawasan pulau sebab kita membesar di daerah Dobby Guard Datuk Kramat era 80 dan 90 memang best sangat.
Opppps terlebih berceloteh pulak.
Berbalik pada crossant ini adalah menjadi fav saya ...saya kesitu semata mata mahu menikmati secawan expresso dan sandwich ini.
Hari ini saya tak lah buat croissant tapi saya beli dari Tesco bakery ...kosong saja. Saya simpan dalam freezer dan bila nak makan saya defrost sebentar sementara membuat inti nya.
Nak letak apa jenis pun ok saja tapi pilihan saya adalah tuna bercampur mayo dan serbuk lada sulah. 
sedikit lemon dan cheese.

Dan kemudian nya saya grill sebentar dalam microwave sehingga cheese melt dan taburkan dengan daun thyme segar...jika tak letak pun ok. Saya letak sebab saya selalu buat stok untuk daun thyme ini.
Pagi ini saya kenyang sangat sebab saya makan lebih eemmm ..ok kan sekali sekala..


No comments: