Wednesday, February 13, 2013

hirisan ayam goreng daun kari

Time cuti Cny nie mana pun tak keluar. Pertama sekali Mr Hb kita bertugas dan kedua nya kebanyakan kedai masih tutup dan di pasar pulak gerai ikan masih kosong . Yang ada pun Ayam dan ikan yang telah di stim kan. Ada yang dah pecah perut....oooohhhh tak sanggup saya nak membeli ikan nampak macam tak best...biarlah dan rela saya makan sayur saja. 
Tapi hari ini saya siapkan menu ayam lagi nampaknya berderet deret entri pasal ayam itu ini. Waaaaa gemuk laaaa anak teruna saya nampak sajian ayam senyum meleret hingga ke telinga.

Hirisan ayam goreng daun kari
Olahan: CitarasaKu

400 g isi ayam
2 inci halia
sedikit serbuk kunyit
2 tbsp cili kasar...dlm pek 
5 ulas bawang merah- di racik halus
2 ulas bawang putih- di cincang kasar
1 tsp serbuk lada sulah
sedikit cendawan - jika suka
ceri tomato
daun kari -letak banyak sikit baru dapat aroma yg wangi

Penyedian:
hirisan ayam di perap bersama serbuk kunyit ,lada sulah,serbuk cili dan garam.
Biarkan seberapa ketika..
Panaskan minyak goreng bawang merah,bawang putih dan halia. Bila dah agak keperangan (jgn sampai hangus ye) masukan daun kari .
Goreng sebentar...bau harum , baru masukan hirisan ayam.. Goreng ayam sehingga masak dan masukan ceri tomato. Sebelum tutup api masukan cendawan dan perasakan dengan sedikit garam ....siap di hidangkan.

Hiasan: daun sup
 

2 comments:

Cheq Sue said...

budak2 memang suka sangat menu macam ni kak, tambah2 makan dengan nasi panas...tentu tak hengat punya

Nooriah Abdullah said...

mak budak pun suka jugak ni heee kalau panas2 mmg terangkat ni