Assalamualaikum baru hari ini ada kelapangan sedikit maka dapat lah kita mengupdate blog . Dengan pie boston nie. Nampak sedap dan memang ianya berbaloi di cuba.
Saya melihat boston pie nie dalam Dinner drive in .....Guy Ferri chef Afc. Nampak macam best sangat dan tergerak hati untuk mencuba. Hehe jika tak cuba macam mana nak tau ...sedap ke tidak .
Apapun saya gembira sangat sebab berjaya memcuba.
Waktu saya cari resepi ada banyak versi mengikut negeri tapi bahan asas adalah kek sponge dan custart serta di lapisi dengan coklat ganache...nampak agak mudah.
Setelah meneliti resepi saya akhirnya membuat versi sendiri berdasarkan resepi chef tempatan. Manakala custart pula dari
Kek Span Vanila / lemon
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak
40g air
60g minyak
masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila
Nota: saya tambah parutan lemon dan air perahan lemon
Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg
kertas serap minyak. Panaskan ketuhar
pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke
dalam mangkuk pengadun.Pukul dgn kelajuan
perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga
kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen
vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit
hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5
minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia
sejuk.
Pastry Cream
Chef : Aswady
625 ml susu segar
5 nos kuning telur
150 gm gula kastor
40 g tepung kastad
20 gm tepung jagung
1 sudu teh vanila - saya gantikan dgn parutan kulit lemon dan perahan lemon sedikit
Panaskan susu . Gula tepung kastad, tepung jagung ,dan telur di kacau sebati. Bila larutan susu panas...masukan sedikit sambil di kacau sebati dan masukan lagi sehingga larut. Masukan kembali kedalam periuk dan di kacau sehingga agak kental . Biarkan sejuk sebelum di lepas di atas kek .
Lapis kek dengan coklat ganache.
1 comment:
Assalamualaikum...uuiihhhhhh..nampak menarik sangat....
Post a Comment