Friday, February 15, 2013

catatan harian


Lokasi di luar rumah petang semalam cuaca sangat redup mungkin hujan turun di kawasan lain. Seharian mendung suka sangat lah jika tak nak keluar rumah pun rasa malas sangat. Keluar pun jika perlu saja.
Bersantai di luar rumah takala redup petang sambil menghirup secawan teh kosong dengan roti lapis telur. Yang nie saja yang mampu di sediakan semalam selepas aktiviti mengbuat cupcake untuk di beri pada abah semalam.
Abah masa kini berada di rumah adik lelaki  eeemm berehat di rumah anak lelaki pulak selepas rumah saya dua minggu lepas. Selepas ini mungkin dia akan tinggal di rumah sebentar dan kembali ke rumah saya pulak. Begini lah rotation abah sekarang. Kesian abah dia sangat sunyi tanpa kehadiran emak.
Cupcake semalam sempena birthday abah dan bukan abah yang suka makan pun tapi anak buah yang ada kat sana lah paling happy sekali. Nanti saya letakan entri kek itu .   

Herba rosemarry saya ...alhamdulilah kali ini dapat hidup. Sekarang ini saya letakan pada tempat yang redup sedikit ...masih dapat sinaran matahari pagi tapi sebelah petang saya akan ubah posisi. Jika keluar daerah saya  siap letak tempat parking kereta..
Selepas ini saya nak cuba tanam herba oreggano , thyme dan sage ....boleh lah masak style Italy pulak. Selalu gak saya beli daun thyme nie sbb ianya tahan seminggu jika di dalam plastic ...sangat suka dengan haruman nya ketika masak. Wangi satu dapur haha...tak payah pakai semburan. Best kan sambil minum sambil mata meleret tengok pokok sendiri ...alangkah bahagia nya ...hehe tapi pokok kat rumah masih kecil lagi ...baru mula berjinak jinak nak buat garden kecik...tanah sekangkang je...cukup lah . Pondok batu kita nie kecik saja tapi memang cukup untuk kami bertiga. Syukur pada Allah di atas limpah rezeki dan kesihatan yang diri kami. Amin.



No comments: