Cuppies yang kecil molek ini ku buat untuk abah sempena harilahir abah pada hari ini 15.Feb. Kami berkongsi bulan yang sama namun tarikh yang berlainan. Harijadi saya...belum lagi ...sebelum berakhirnya Feb.
Disebabkan abah sekarang berada di rumah adik lelaki saya, jadi saya buat dan hantar ke rumah adik dan abah begitu teruja sekali melihat kek . Meskipun bukan dia suka makan kek tapi seronok sebab ada kek yang dah siap depan mata untuk esuk hari...boleh lah dia makan bersama cucu cucu yang lain.
Apapun kita berdoa semuga Abah di panjangkan usia dan sihat selalu. Amin.
Cuppies yang kita buat nie bermacam paten....haha nak test paten pada masa yang semua. Tulah keluar habis bercampur buttercream dengan fondant. Hehe apapun kita memang syok betul dapat bermain dengan fondant rasa macam masuk kelas tadika.
Buat cuppies ini ada kala kengkawan order tapi selalunya saya menolak sebab saya masih belajar hanya sesekali terima order sebab kesian kat kawan bila mereka dah kesuntukan masa dan dalam jumlah yang kecil . Jika jumlah besar saya akan menolak sebab saya tak yakin saya boleh buat sorang sorang.
No comments:
Post a Comment