Wednesday, February 20, 2013

karipap telur rebus


Hari ini dah masuk rabu sekejap saja masa berlalu bulan berganti bulan dan tahun pula menginjak ke depan. Tiap tiap hari kita dapat makan dan hidup dengan aman dan damai. Syukur kepada Allah keatas limpah kurnia mu pada kami serta keluarga sekelian.  Amin.

 
Inti yang di masak untuk karipap . Saya letakan telur rebus yang di cincang kasar selepas inti masak.
Disamping itu saya suka letak kan daun ketumbar dalam inti karipap bagi menambahkan aroma yang sedia ada. Inti begini jika mengunakan pastry biasa sedap di makan bersama bawang jeruk. Nostalgia waktu sekolah tu ada satu mamak nie dia jual karipap versi gaint ...bila kita beli dia akan letakan sebiji karipap di atas bawang jeruk. Rasanya memang  best sangat...hehe tak caya ...cuba lah buat.
Tapi untuk hari ini saya tak buat bawang jeruk sebab karipap ini jenis pastry rapuh...tak sesuai di makan denngan bawang .
















 Resepi ini di ambil dari Jom masak dan saya salin kan di bawah.

KARIPAP PUSING

Bahan A- Gaul tepung & garam, gaul dgn marjerin hingga berderai, masukkan air secukupnya.

4 cwn tepung gandum
1 camca besar marjerin
2 camca kecil garam- anggaran
Air secukupnya

Bahan B - Gaul sehingga menjadi doh

2 1/4 cwn tepung gandum
130gm shortening (atau agak2 sampai ianya boleh di kepal & jadi doh)

Cara:

1. Bahagikan setiap bahagian kepada 4 ( Bahan A 4, Bahan B 4).
2. Letakkan bahagian B ke dlm bahagian A & bulatkan.
3. Gelek & gulung, ulangi sebanyak 4 kali.
4. Kemudian potong2 sama besar doh yg telah digulung.
5. Setiap potongan bolehlah digelek jgn terlalu nipis & isikan inti kemudian kelim

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..selalu gak beli karipap inti telur macam ni kat Ayamas sebelah opis, tapi klu buat sendiri pasti lagiii puas harti sebab boleh makan banyak2...

Love2cook Malaysia said...

Wahhh besnya inti tu dear! Karipap pun cantik dan kemas betul...haish! Lapar dear!!!