Assalamualaikum ...telah beberapa hari tidak meletakan entri . Bukan sibuk da bukan apapun sebab saya tidak buat apa pun di dapur saya jadi tak ada story yang nak di letakan di sini.
Apapun nie bukan projek hari ini tapi kelmarin pagi haaaa nak tau sebab apa. Saya terliur laaa sebab melihat Sifoo CmG meletakan posting tart nie . Teringin sangat nak makan walaupun tak raya hehe.
Nasib baik Cm letak cookies buat kita terliur jika dia letak udang besar ...habislah duit poket ku . Nak tak nak sekilo udang sdarhana saja sekarang nie berharga Rm 26 sekilo dulu harga di Tesco hari je Rm 16 naik mendadak. Sejak naik harga nie ...beli tu beli lah tapi tak laa sampai sekilo.
Resepi ini saya ambil dari blog beliau. Jika nak lihat tart yang lebih cantik lagi sila lah ke blog beliau. -klik sini.
Tart nyonya
SUMBER: CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung gandum
4 camca besar tepung jagung
3 camca besar gula aising, diayak
200 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
2 kuning telur*
Beberapa titik pewarna kuning makanan (cm
tambah)*(*disatukan dan kacau sedikit sampai rata)
Sedikit garam halus (kalau guna mentega salted, tak perlu
letak garam)
Inti jem nenas secukupnya (kalau nak buat, boleh rujuk di
sini)
CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu
bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula aising dan garam halus (jika
guna). Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari hingga
mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan telur kuning sedikit demi
sedikit sambil digaul rata hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk
adunan (ada masa kuning telur tidak habis digunakan). Rehatkan sekejap.
Canai doh
antara dua lapisan plastik bersih (tips dari Kak Jee : sapu sedikit minyak pada
plastik tadi untuk mengelakkan doh melekat). Canai setebal 1/2 cm. Terap dengan
acuan kuih tart kegemaran anda, dan susuh dalam dulang pembakar. Buat hingga
siap.
Letakkan inti
jem nenas atasnya (gentel2kan inti jem nenas tadi mengikut kesesuian acuan yang
anda guna). Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada
suhu 175C selama 25 minit. Pusing2kan dulang berisi tart, selepas 10 minit
dibakar untuk mendapat kuih yang rata masaknya. Sejukkan atas jaringan dan
boleh simpan dalam belas kedap udara..
No comments:
Post a Comment