Saturday, April 13, 2013

tuna bun with cheese

Layan roti pulak di petang hari. Memulakan projek memguli selepas habis masak lunch. Ada sedikit masa tu saya campurkan kesemua bahan dalam mesin dan on kan . 
Selepas agak satu jam berlalu mesin pun dah henti tapi masih suam lagi dan doh di dalam mangkok besi itu nampaknya dah naik dengan cantik.
Keluarkan doh dan kita tumbuk tumbuk geram hehe untuk keluarkan angin dan membuat bebola kecil  serta biarkan seketika.
Agak dan naik sikit saya pun mula membentuk roti dengan acuan bulat dan bahaian tepi itu saya buat gelang dan letakan kembali di atas doh bulat yang di canai.  Nampak cute kan hehe terima kasih pada Yani Myr siap dengan gambar ....jika berminat layari lah Myresepi ...dari yani. 
Saya tak mampu nak ambil gambar satu persatu sebab alone in the kitchen ...hehe no bibik kan nanti kamera penuh debu tepung pastu nak kena servis bagai....mahal pulak tu.

 Resepinya saya letakan di sini jika anda berminat nak buat...rasanya sama seperti yang sudah sudah cuma cara make over haha berbeza laaa.
Kadangkala kita jika lalu saja kat kedai bakery tu mesti kena stop kejap tengok ada tak design baru jika ada sanggup saya beli sebiji dan rasa. Tapi bla tolah kekiri dan kanan ....En.Hb dan anak hilang entah kemana....kena call lah pulak...ada kat mana ...emmm tadi saya henti emergency nampak roti style baru so kena lah rasa dan lihat bentuknya untuk saya cuba nanti.
Mereka dah biasa dengan peel saya....tau tau lah kadangkala cemas jika tempat yang pergi itu baru first time hehe...bukan takut my darling...eeehhh tapi takut gak kena ragut ke apa...kan. Almaklum jalan pun terkedek kedek dengan handbag di tangan camana nak lari kejar. Tapi salalu juga beringat duit lebih pasti simpan dalam second layer pakaian dalam...sebab bila pakai jubah...senang .



Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
1 biji telur (M size)
300g tepung roti
2 sudu besar gula
2/3 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
Inti :
1 tin tuna cili
pizza cheese secukupnya
dry parsley secukupnya

Cara-cara
1.Buat doh roti macam biasa.. boleh guna breadmaker,mixer atau FP
2.Bahagi doh roti kepada 12 biji. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3.Ambik sebiji doh, canaikan. Terapkan dengan penerap btk bulat seperti dlm gambar. Bahagian luar tu buatlah silang seperti dlm gambar tu juga. Lipat dua. Tarik-tarik sikit biar jadi bentuk bulat yg besar.
4.Kemudian letakkan bahagian yg buat silang tadi ke atas bahagian satu lagi.
5.Isikan bahagian tengah dengan tuna, cheese dan bolehlah tabur dry parsley jika suka
6.Biar roti tu naik selama +-30 minit. Kemudian bolehlah bakar dengan suhu 180 degree selama 14 minit.
7.Inti tu boleh buh macam-macam.. sesuaikan dengan citarasa sendiri . Cth : Sweet corn mayo.- Mayonis + sweet corn + serbuk lada sulah

No comments: