Menu semalam hari ini baru dapat masuk internet sebab semalam line tak dapat servis ada gangguan pada waktu puncak. Mungkin selepas election nie harap kembali normal. Di sebabkan saya mengunakan Evdo frequensi radio tanpa wayar talipon ...macam dalam hutan tu memang terhad. Almaklum walaupun saya tinggal di kawasan bandar namun pemaju perumahan saya tidak menyediakan infrastruktur untuk Telekom memang amat memerikan, Alasan mereka sekarang orang tidak mengunakan talipon sebaliknya Handphone dan ianya amat menjimatkan pada pemaju tidak memasang satu system transit...Intra untuk kabel.
Amat pandai pemaju ini berdailog kan ...saya dah jadi malas sebab hanya seorang saja yang hendak talian manakala yang lain mahu juga tapi lebih berdiamkan diri dari bersuara . Semua nak tunggu kita selesaikan so sekarang saya buat tak tau saja sebab saya guna alternatif lain yang hampir sama tapi tidak serupa menerusi Telekom juga.
Ok...berbalik pada menu ini saya gandingkan bersama dalca dhall bersayur dengan nasi minyak daun kari.
Harum semerbak dalam rumah bila nasi ini merenih ..
Resepi ini saya telah alih bahasa dari blog masakan Afc. Apapun ayam kepak ayam nie memang best dan sedap . Apapun bahan aslinya mustart jangan tinggal sebab bahan ini menaikan rasa pedas dan berempah.
Ingredients:
1 kg. of chicken wings
1 1/2 tsps. salt
1/4 tsp. serbuk lada hitam
Sedikit air perahan lemon
1 tbsp. minyak
3 tbsps tepung jagung
1 1/2 tsps bawang putih yang di hancurkan
2 tsps. of English mustard
1 tbsp. wholegrain mustard
1 tsp. paprika
1/4 tsp. chilli powder
2 tsps. light soy sauce
rind of a lemon
3 tbsps. honey
sour cream or plain Greek yoghurt - untuk cicahan jika suka
Cara:
Panaskan oven to
375° F/ 190° C.
Potomgap ayam supaya Nampak kemas .
Perisakan kepak dengan 2 tsps. of garam , serbuk lada hitam dan air perahan lemon
Sebatikan, masukan sedikit minyak dan kacau lagi.
Campurkan tepung jagung salutkan ayam …nipis .
Letakan kepak ayam di atas kertas liner sebelum di bakar.
Letakan satu persatu. 40-50 minutes dan
terbalik kan pada 20 min pertama.
Sementara kepak ayam masak sediakan sauce.
Masukan bawang putih cincang , dan dua jenis mustard, paprika, chilli powder, soy sauce,
lemon rind dan honey satukan sehingga
sebati.
Setelah kepak ayam masak keluarkan dan salutkan satu
persatu kepak ayam dengan sos . Habiskan
sos dan bakarkan ayam selama 10 min lagi .
Hidangkan ayam bersama
yogurt.
3 comments:
owh tidakkk.. ni dpt ratah saja lagi sedap..
jasnani>>> betul tu makan saja pun best cicah dengan yogurt biasa atau sos pedas dah cukup dah.
Waaaa...banyak sedap wo...
Post a Comment