Tuesday, April 2, 2013

swiss rolls with lemon creame

Selamat petang selasa. Baru saja saya letakan posting pizza dah ada pula kek. Saya taklah rajin sangat tapi di sebabkan nak menghabiskan creme lemon maka saya kena buat sesuatu jadi jalan ringkasnya dengan kek nie ,,,creme saya pasti ti.dak terbuang saja dalam cik tong.
Apapun kek nie memang senang di buat jika kita ikut langkah langkah yang di tulis. Alhamdulilah menjadi juga. Dan oleh kerana resepi ini di minta oleh Watie...maka saya letakan sekali lagi ...jangan boring ye


Resepi Swiss Roll

Bahan-bahan [A] :

3 biji telur gred A atau B
2 oz/ 60 gm/ 4 Tbsp gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)
3 Tbsp serbuk nescafe gold
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan-bahan lain :
2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)

Buttercream secukupnya -----saya mengunakan whipping kerim yang di pukul bersama susu pekat sehingga kental, dan kemudian di campurkan dengan pes lemon dan parutan dari kulit lemon serta sedikit air penambah perisa.

Cara-cara :


Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).

Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.

Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.

Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.

Gulung kek dengan cermat.

NOTA: saya buat vanilla saja jadi (tepung 5 tbsb )  di buang atau di kurangkan bergantung kpd perisa yg di campur.
 

3 comments:

JaSSNaNi said...

ohhh betapa sedapnya kalau dapat seketul ni.. uwaaaaaa

Unknown said...

nampak pun dah sedap kalau makan lagi lah nyaman ni sayang dpt jamu mata je

Chah said...

Akak...bab krim nak meleleh ala ala shy shy cat tu memang membuatkan fuhhh....terbaik kak!!