Thursday, April 18, 2013

kuih talam pisang

Asalamualaikum di malam Jumaat ini. Di waktu ini barulah saya free time dapatlah meluangkan masa mengemaskini blog kesayanganku. Hehe pasti semua orang suka kan ada catatan sendiri mengenai cerita dapur . Dairy terkini yang boleh di kongsikan bersama rakan serta kenangan .
Masa berlalu jika di toleh kebelakang tak terbayang bahawa aku kini boleh memasak. Apapun dari try n error sekarang boleh lah , nak cakap terror tu tak juga . Apapun menjadi.
Ok...aktiviti hari ini adalah membuat kuih talam versi pisang. Malangnya waktu cari perwarna kuning ianya menghilang entah kemana..jadi yang jumpa perwarna kuning tapi untuk warna fondant. Yang itu je ada so kita pun letak je...warna nya tak seberapa kuning seperti di harapkan. Nampak pucat saja tak seksi gitu. Kuih pun nak kena makeup baru nampak tergoda.
Hakikatnya ....lain kali nak buat perlu ada persiapan hehe.

 Saya buat setengah adunan saja.

TALAM PISANG 
sumber : kak hanieliza

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


2 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Noor
betul tu....kuihpun nak makeup juga baru laju mkn.sy belum pernah buat kuih talam pisang tp apa2 kuih berasaskan pisang mmg suka...

Mylesung said...

salam Noor..tak penah lagi mkn talam pisang..idea yg menarik ni..kebetulan ada pisang di dapur..blh la menerai.. :)