Sekejap saja masa berlalu sekarang dah masuk hari Isnin. Banyak perkara yang perlu d buat tapi masih bertangguh. Namun memasak tak boleh miss kan...jika tak berasap dapur kena lah beli nasi bungkus.
Hari ini teringat pula nak makan nasi arab...nak pergi makan di kedai Hydramaut di bandar Perda ...eeemm jauh sangat dari rumah...lagipun Hb kerja...jika tak berkerja pun jangan harap nak keluar makan pada waktu lunch nie. Hb lebih suka makan di rumah....kami hanya boleh jalan jalan cari makan pada waktu hb cuti ataupun pada sebelah petang saja. Biasalah berkerja kan.
Jika time kita kerja dulu sebut saja..pasti sampai sebab kita boleh keluar dengan officemate.
Berbalik pada hidangan ini walaupun kita pernah buat tapi dari segi rasa tak lah se perfect makan di kedai tok Arab kan. Namun jadilah untuk mengisi keinginanku.
Resepi ini saya goggle dari Myresepi.
Nasi mandy
Bahan-bahan ayam:
6 ketul ayam ~
bahagian peha
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn
rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron – saya guna koma koma
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan
pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium
foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup
ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada
10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air.
Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan
barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna
kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga
lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih,
bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng
sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice
cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti
biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan
foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung
periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama
arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi
dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap
sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
4 comments:
Salam..
Kita belum pernah masak nasi mandi...boleh cuba resepi u ni...menarik..
sama lah kita hari ni Noor nasi arab aka nasi mandy sedappp
Sejak pandai mkn nasi mandy n nasi arab...mmg asik tingin jer...sedapnya mandy kambing....
Rahel >> cuba lah memang best...sedap
Nooriah >> ye ke ...sedapkan nanti saya ke blog awak pulak hehe.
Chah >> daging kambing sedap tapi tak dapat makan banyak nanti panas datu badan hehe. Tapi makan juga...
Post a Comment