Friday, April 12, 2013

homemake burger daging

Projek buat daging burger sebab ada lebihan daging kisar yang buat meatball tempohari banyak lagi. So nampaknya menjadi juga buat daging burger sendiri. Kita boleh letak apa spice yang kita suka.
Mulanya rasa macam tak berani cuba tapi dengan adanya resepi nie menjadi juga ...lebih kurang sama resepi buat meatball cuma tambahkan daun ketumbar cincang saja. Resepi ini saya ambil dari blog Tlc..dan dengan ubahsuai ikut tekak melayu. Jadilah burger bakar style saya.


Resepi daging burger
Olahan: CitarasaKu

500gm daging cincang - isi daging yang di blend halus) - saya beli readymade

2 ½ tbs serbuk   paprika
2 tbs garam
2 tbs  serbuk bawang putih
1 tbs  bawang cincang (keringkan air)
2 tsp serbuk lada hitam
2 tsp  mustard
1 tsp serbuk  cayenne  
Serbuk roti secukupnya
1 biji telur
Campurkan rempah lain jika suka…dlm nie saya tambah cincangan daun ketumbar)

cara penyediaan :
Untuk  burgers:

 Campurkan isi daging dalam mangkok dan masukan  kesemua rempah dan gaul sebati.
 Setelah sebati  campurkan sebiji telur dan kacau hingga sebati dan masukan serbuk roti ..agak boleh bentuk . Bahagikan kepada beberapa bahagian ..(berapa biji  bola )

Bola bola kecil yang kemudian nya di tekan nipis dan bentukan bulat leper serta salutkan dengan sedikit minyak. Panas kan grill pan dan masak daging burger 3-4 min sebelah dan alihkan sebelah lagi sehingga masak  .
( Jika tidak suka grill boleh kukus juga …panaskan pengukus dan kukus selama 7 min.)

Note : Dried herbs, such as basil, thyme, oregano, marjoram, or sage may also be added depending on the flavor profile desired.

 

4 comments:

ummiaisyah said...

besh kan Kak Noor mkn beger buatan sendiri...lebih pure..lebih power!

rahel said...

Wah sure lebih sedap ni...air tangan sendiri...

Noor Yusoff said...

>>ummi....bila rajin nak mencuba jadi la dia..heh

>>Rahel ....alhamdulilah sedap bila burger di buat ikut tekak kita.

Amie said...

Tentu rasanya lebih sedap ni sebab buat burger sendiri... boleh bubuh apa yang kita suka!