Sunday, April 14, 2013

cupcake vanilla dan berkerim strawberry


Gambar di rakam dua tiga hari yang lalu semasa bersantar di laman rumah sambil minum petang. Sambil minum mata melirik pada pokok bunga di tepi langkang dan dalam pasu. Ada daun da hampir kuning sebab sinaran terik mentari...nak kena ubah tempak berteduh.
Pokok renek magnolia nampak dah segar dan gemok tapi belum mengeluarkan bunga lagi. Tak sabar nak tunggu bunga sebab nie first time tanam guna biji benih dalam pek kat supermarket je. Gambar dalam pek tu cantik ...so tunggu dengan sabar.

 Berbalik pada kisah cupcake ini...saya mengunakan resepi basic cupcake. Frosting nya pula saya blend kan beberapa biji strawberry dan saya masak dengan sedikit gula sehingga pekat. Jika buah 4 biji gula secukup rasa dan tambahkan satu sudu besar tepung jagung ...untuk memekat. 
Butter dan krimwell di pukul hingga kembang dan masukan puri strawberry dan sedikit susu pekat. Pukul sehingga kembang boleh lah di paip kan ke atas cupcake.
Saya mengunakan kerim putih bercampur coklat putih juga...sebab lebihan dari kek yang lalu...maka jadilah dua warna .
Pokok mawar berwarna kuning...dek sinaran mentari petang nampak macam putih sedikit. Kat bawah nie warna merah cili...cantik .Lepas nie saya nak cari warna biru haha.





3 comments:

Unknown said...

salam Noor, cupcake nya nampak sdp apa lagi bunga2 tu menyerikan lagi laman kan..

Ayam said...

wasalam Nooriah...saya pengemar bunga mawar hehe..bila hari tak hujan saya akan menghabiskan masa petang di luar sbb suka sangat renung bunga bunga ..almaklum saya tak ada jiran melayu berdekatan..so duk macam kera sumbang laaa dan bunga sebagai teman.

Mylesung said...

comel je tengok cupcake kak Noor tu...tambah seri dengan munga2.. :)