Wednesday, April 3, 2013

kerang goreng kunyit


Hidangan tengahari semalam. Adalah dua tiga menu tapi menu ini kesukaan saya. Saya suka makan kerang baka cicah dengan sos. Tapi hari ini saya tak jumpa kerang yang saya jumpa di kedai adalah kerang yang telah di kupas. Jadi tak dapatlah saya makan kerang rebus/bakar...memadai lah dengan goreng berkunyit ini.

Resepinya simple saja nak letak apa pun boleh bergantung pada citarasa kita kan. Tapi hari ini saya nak pedas yang lembut saja ( mild ) jadi saya tidak letak sambal sebaliknya saya gunakan rempah cayenne.
Sebelum menumis saya tumbukan cilipadi,sedikit halia dengan dua ulas bawang merah dan bawang putih.
Setelah agak lumat saya masukan kunyit hidup dan tumbuk sehingga halus. Keluarkan dan tumis dengan sedikit minyak. Sementara ubi kentang di dadu telah saya goreng terlebih dulu dengan sedikit garam.
Setelah tumis naik bau masukan kerang ...goreng sehingga agak masak masukan belahan bawang besar, cili potong dan sedikit air asam. Sebelum api di tutup perisakan rasa danletakan serbuk cayenna serta kentang ...siap di makan. 

1 comment:

rahel said...

Skali skal makan kerang goreng kunyit memang best la....