Wednesday, May 1, 2013

mocca roll with strawberry

Selamat petang di hari buruh nie rasanya ramai yang pulang kampung jika dekat la.  Tapi kami tidak kemana mana di sebabkan hb bertugas sepanjang masa dalam tempoh election sekarang. Jangan tanya kerja apa ye...rahsia .
Apapun di petang 1 may ini ...ada masa terluang saya pun mengodekan kek di dapur. Tak lama kejap saja dah jadi kek mocca nie ...eeemmm harum semerbak satu rmah. Setelah sejuk saya lapiskan dengan inti whipped cream saja. Mulanya nak letak cream cheese pastu teringat nanti cheese tu tinggal satu je nanti tak cukup untuk buat carrot cake. Maka letak saja lah whipped cream yang di pukul kental bersama puree strawberry...sedap gak. Tapi pelik lah sikit sebab mocca di gandingkan dengan perisa mocca kan . Tulah sebab saya nak cepat dan nampak buah strawberry terus je guna. 
Saya nie pantang nampak buah warna merah, baju merah, tudung merah, hbag merah semua saya suka beli pastu nak mix n match kadangkala alahai...asyik selalu warna nie lah.
Mungkin saya nie berdarah campuran kot ....tapi dah dua generasi la.waaaa gitu .
Okey taknak merepek kat sini .

Yum yum saya dah maka....jika saya cakap sedap nampak macam angkat bakul kaaan . Apapun you all boleh try lah sendiri dan rasa hehe. Eehh nak angkat bakul juga ....kutip kain kat ampaian .


Resepi Swiss Roll

sumber : chef Gunawan


Bahan-bahan [A] :

3 biji telur gred A atau B
2 oz/ 60 gm/ 4 Tbsp gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)

3 Tbsp serbuk nescafe gold

1/2 Tbsp susu tepung

Bahan-bahan lain :
2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)

Buttercream secukupnya

Cara-cara :




Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).



Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.



Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.



Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.



Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.



Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.



Gulung kek dengan cermat.



1 comment:

zana fahmi said...

Salam Noor, rajinnya buat kek. Nampak gebu dan sedap, gerenti sedap la tu.
Resipinya pun simple je.