Thursday, May 30, 2013

snow cheese cake

Alhamdulilah lama dah tertangguh nak membuat snow cheese cake ini dan baru semalam terlaksana impian. Dan semalam juga merupakan ulangtahun perkahwinan saya  1997-kini. 
Syukur Alhamdulilah segala pahit manis dalam melayari detik bersama sehingga kini dan semuga ikatan kami berdua kekal hingga ke akhir hayat hendaknya . Amin.
Hehe snow cheese juga mengambarkan suasana ikatan kasih kami yang suci ..lemak, masin dan manis kehidupan. Merah buat strawberry mengambarkan cinta semuga kasih sayang kami berpanjangan...Insya Allah. Doa kan yang terbaik buat kami ye.






Terima kasih buat Mamasya dan Rahel serta K.Zai sebab pertama kali saya melihat kek ini dalam hati berkata kata mesti sedap dan ternyata sekali amat sedap.
Saya salin kembali nota dari blog beliau di sini sebagai simpanan .



Snow Cheese Cake

Bahan:- mama guna loyang 10'x 10'
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)- guna self rising flour
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder- x letak
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
*mama tambah vanila esen

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(mama kacau guna senduk saja takut over beat).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.


2 comments:

rahel said...

Selamat ulang tahun perkahwinan...semoga bahagia hingga ke akhir hayat...sedap kek tu...

Bbwana adienia said...

happy anniversary kak..

sesuai sangat la snow cheese cake ni disajikan bagi merayakan anniversary perkahwinan..sweet sangat..