Friday, May 10, 2013

samosa ayam & cheese

Asalamualaikum petang sabtu...esuk 1 rejab...selamat berpuasa sunat di bulan Rejab. Hehe esuk boleh lah lihat menu berbuka dalam kebanyakan blog masak ye . Saya pulak insyaallah jika sihat .
Apapun di petang ini saya sajikan family dengan hidangan petang yang simple...tapi berat kalori sebab ada cheese. Sesekali ok kan.
Minum petang memang sangat ringkas jika boleh nak roti bakar dengan sapuan butter pun cukup tapi bila ada abah di rumah , kena lah buat sesuatu yang lain dari hari ke hari takut abah jemu dengan roti .
Nampak selera makan pun bertambah ...alhamdulilah.


Samosa hari ini berinti hirisan ayam bakar.

Inti samosa

250 gm hirisan ayam bakar 
2 biji kentang yang telah di rebus dan di potong kiub
1 biji bawang besar - di cincang halus
3 ulas bawang putih- di cincang
2 tsp serbuk cili kasar
1 tsp serbuk cayenne
1 batang celery
cheese - ikut suka

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. masukan cincangan bawang dan bawang putih.
Agak sedikit layu masukan kentang bersama hirisan ayam . Goreng seketika masukan cili kasar dan serbuk cayenne dan sedikit garam . Bila dah agak masak dan sebati tutup api dan masukan cincangan celery.

Siap boleh di gunakan sebagai inti samosa bila sejuk sedikit . Cheese parut dan gaul apabila inti sejuk.

2 comments:

Mamasya said...

Aslmkum sis Noor
sedapnya samosa...mmg kesukaan ni.minggu lepas beli samaso...sikit tak puas mkn. nak kena buat sendiri baru boleh mkn lebihkan..

Noor Yusoff said...

Wasalam,

Betul tu bila buat sendiri puas makan.Makan ulang ulang sambil minum teh kat luar rumah