Tuesday, May 21, 2013

rvc for hb birthday





Selamat ulangtahun kelahiran semuga sihat dan kita di murahkan rezeki dan kesihatan yang baik sepanjang usia kita amin.
Kami hanya meraikan secara kecil kecilan saja.
Mulanya bercadang nak buat satu kek yang besar tapi last minit tukar buat cupcakes pulak hehe rasa malas pulak nak mendeko ...almaklum lama dah tak buat. Harap selepas ini dapat kembali cergas seperti biasa. Amin . Bila kita kurang sihat ...kek yang di deko mesti jadi tak elok tapi jika mood kita riang maka kek pun akan nampak ria. ...kan.

Kali ini saya mengunakan resepi dari Azie kitchen ...blog yang sangat menarik dengan paparan gambar yang jelas dan menarik .
Hasil nya amat baik sekali ...terima kasih Azie...saya suka. 

Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder - (resepi asal 1 sk)
1 1/3 cawan vegetable oil  - (resepi asal 1 1/2 cawan)
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster - (resepi asal 1 1/2 cawan)
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.


Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya sehinggakan saya menjilat lebihan frosting di sudu sebelum membasuhnya. Resepinya saya ambil di SINI. 

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.

Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

 






2 comments:

Bbwana adienia said...

hai..salam kenal dr SRC..

first time datang sini dan follow..nice blog..singgah sini ya,www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

Noor Yusoff said...

Wasalam...selamat berkenalan dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Insyallah semuga dapur kita terus berasap hehe.