Tuesday, April 30, 2013

tart nenas CM


Assalamualaikum ...telah beberapa hari tidak meletakan entri . Bukan sibuk da bukan apapun sebab saya tidak buat apa pun di dapur saya jadi tak ada story yang nak di letakan di sini.
Apapun nie bukan projek hari ini tapi kelmarin pagi haaaa nak tau sebab apa. Saya terliur laaa sebab melihat Sifoo CmG meletakan posting tart nie . Teringin sangat nak makan walaupun tak raya hehe.
Nasib baik Cm letak cookies buat kita terliur jika dia letak udang besar ...habislah duit poket ku . Nak tak nak sekilo udang sdarhana saja sekarang nie berharga Rm 26 sekilo dulu harga di Tesco hari je Rm 16 naik mendadak.  Sejak naik harga nie ...beli tu beli lah tapi tak laa sampai sekilo.
 
Resepi ini saya ambil dari blog beliau. Jika nak lihat tart yang lebih cantik lagi sila lah ke blog beliau. -klik sini.

Tart nyonya
SUMBER: CMG




BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung gandum
4 camca besar tepung jagung
3 camca besar gula aising, diayak
200 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
2 kuning telur*
Beberapa titik pewarna kuning makanan (cm tambah)*(*disatukan dan kacau sedikit sampai rata)
Sedikit garam halus (kalau guna mentega salted, tak perlu letak garam)
Inti jem nenas secukupnya (kalau nak buat, boleh rujuk di sini)

CARA MEMBUATNYA :-)

    Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula aising dan garam halus (jika guna). Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (ada masa kuning telur tidak habis digunakan). Rehatkan sekejap.
    Canai doh antara dua lapisan plastik bersih (tips dari Kak Jee : sapu sedikit minyak pada plastik tadi untuk mengelakkan doh melekat). Canai setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kuih tart kegemaran anda, dan susuh dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
    Letakkan inti jem nenas atasnya (gentel2kan inti jem nenas tadi mengikut kesesuian acuan yang anda guna). Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Pusing2kan dulang berisi tart, selepas 10 minit dibakar untuk mendapat kuih yang rata masaknya. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam belas kedap udara..

 


Saturday, April 27, 2013

hotdog wrap with pratha

Menu petang saya yang simple. Apa yang paling penting ianya cepat di sediakan dan di makan.
Saya mengunakan pastri roti canai sejukbeku. Kita biarkan pada suhu bilik sehingga boleh di lentur barulah taburkan dengan sedikit tepung pada papan pencanai.
Canai kan sedikit nipis dengan sedikit taburan tepung untuk elakan melekat.

Saya juga mengunakan hotdog ayamas yang saya celur sebentar dan kelarkan pada bahagian hotdog bertujuan agar perapan meresep. Gaulkan hotdog dengan sedikit lada sulah,garam, serbuk paprika dan sedikit minyak. Setelah agak meresep boleh lah di gunakan.

Letak kan hotdog pada roti pratha dengan helain cheese dan lipat. Cara nak lipat tu ikut suka lah nak gulong pun boleh. Letakan larutan kuning telur pada bahagian atas gulongan roti. Akhir sekali taburkan sedikit serbuk cayenne atau paprika untuk rasa sedikit pedas. Bakar pada suhu 180 selama 15 min atau sehingga ranggup dan masak. Nyum nyum


Thursday, April 25, 2013

kacang kuda pedas











































Asalamualaikum, selamat petang. Petang ini petang khamis dan hujan pun mula turun pada ketika ini. Suasana sejuk dan lapar. Jadi saya pun sibuk mencari dalam pantry selongkar apa yang ada kan, Ada satu tin kacang kuda dalam tin. Jadilah untuk saya buat kudapan di hari gerimis ini kan.
Jika guna kacang yang masih kering tu alamatnya sampai malam pun sudah pasti kacang itu masih keras kan. Jadi pada saat saat ini bagus juga juga ada satu tin yang telah di rebus hanya toskan saja airnya dah pun boleh mula memasak. 
Saya hanya perlu siapkan pes cili tapi ada lebihan semalam hasil dari pes nasi goreng ...jadilah kan.

1 tin kacang 
3-4 sudu besar cili pes- saya hanya ada 1 sudu besar saja
daun kari
3 ulas bawang merah - dihiris 
2 ulas bawang putih- di ketuk saja
1 tbs rempah tumis -(halba,jintan manis,biji sawi)
1 kuib ikan bilis - nak letak ikan bilis kecil pun ok je

note: saya tambah serbuk cayenne sebab kekurangan pedas.

Panaskan sedikit minyak dalam pan. Tumiskan bawang, bawang putih dan daun kari sehingga sedikit garing . Masukan rempah campur kacau sebentar dan masukan cili. Kacau sehingga naik bau .
Masukan kacang yang telah di tos kan . Kacau sekejap dan masukan seketul pes ikan bilis . Gorena g sehingga kuah pedas sebati dengan kacang. Perisakan dengan sedikit garam dan seimbangkan dengan sedikit gula. Siap untuk di makan....senangkan dan sedap pulak tu.

Sesuai untuk di bawa piknik hehe.

 Bila saya makan kacang kuda nie kenangan lama pasti datang...saya akan teringat waktu saya kecil lagi ada satu mamak nie dia selalu jual kacang begini yang bakul besar di junjung di atas kepala. Sesiapa yang lalu lalang di kawasan hospital besar Penang waktu itu pasti tahu mamak ini.
Sekarang manalah nak cari mamak junjung bakul rotan besar atas kepala ye...mamak sekarang pun dah moden . Waktu tu kacang nie selalu menjadi pilihan saja jika jumpa saja mamak nie pasti saya akan beli kacang bersama dengan kuih cili bercuka. Kuah nie saya tak pandai nak buat  , adalah pernah saya buat tapi tak jadi so tong sampah saja makan. 


Tuesday, April 23, 2013

brownie with walnut

 Petang petang gini terasa nak makan manis. Tak susah buat brownie kan campur kesemua bahan kocak kocak dan jadi. Bab nak letak coklat tu ...arrrr lambat sikit kena tunggu sejuk baru dapat tuan coklat . Apapun terbaik dapat di makan pada waktu hujan di petang hari
Brownie coklat ini saya gunakan serbuk coklat dan saya campurkan dengan serbuk hazelnut drink satu pekat di tambah pula dengan walnut yang di cincang kasar. 
Ummmmp memang best sangat. 

Resepinya boleh rujuk pada entri sebelum nie hampir sama cuma bahan tambahan adalah satu peket serbuk minuman hazelnut. 


Monday, April 22, 2013

grill peha ayam berjintan

Dua tiga hari nie asyik masak ayam je. Apapun nie request dari si Yonyon nak makan sebab aritu dia makan nasi yang kita masak dengan kengkawan di class tempohari sedap katanya so nak kita buat resepi yang sama. Sebenarnya dah banyak kali kita masak nasi bukhari nie tapi dengan cara berbeza. 

Grill peha ayam berjintan

10 ketul peha ayam
2 sdb minyak sapi

Bahan A:
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sdb jus limau nipis
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
200 gm yogurt
sedikit garam dan gula secukupnya

Bahan B:

5 tangkai cili kering - rebus dan mesin
1 sdt biji ketumbar       #
1 sdt jintan manis         #
1 sdt garam marsala 
                                   # - goreng sekejap hingga naik bau dan di tumbuk halus
Gaulkan ayam dengan perapan A. Perap selama 1 jam
Kemudian masukan bahan B dan gaul sebati.
Setelah sebati sapukan dengan minyak sapi sebelum di grill .
Bakar pada suhu 180 di atas dulang sehingga masak.


 Nasi bukhari nie memang sedap . Nasi di makan bersama dalca sayur dan jelatah timun nenas.


Sunday, April 21, 2013

karipap sardin

Asalamualaikum di pagi ahad . Hari  berkerja di kedah.  dan hari ini medapat undangan ke majlis hari lahir anak kawan sekolah. Insyallah jika ada kelapangan dapat lah kami pergi. 
Kelmarin terasa letih sangat nak masuk letak cerita sebab seharian menghabiskan masa di luar bersama aktiviti mingguan nanti kita share. 
Karipap ini di buat sepetang yang lalu untuk minum petang/ Rasa teringin sungguh nak makan karipap maka saya merajinkan diri buat adunan pastry rapuh berintikan sardin saja. 


Thursday, April 18, 2013

kuih talam pisang

Asalamualaikum di malam Jumaat ini. Di waktu ini barulah saya free time dapatlah meluangkan masa mengemaskini blog kesayanganku. Hehe pasti semua orang suka kan ada catatan sendiri mengenai cerita dapur . Dairy terkini yang boleh di kongsikan bersama rakan serta kenangan .
Masa berlalu jika di toleh kebelakang tak terbayang bahawa aku kini boleh memasak. Apapun dari try n error sekarang boleh lah , nak cakap terror tu tak juga . Apapun menjadi.
Ok...aktiviti hari ini adalah membuat kuih talam versi pisang. Malangnya waktu cari perwarna kuning ianya menghilang entah kemana..jadi yang jumpa perwarna kuning tapi untuk warna fondant. Yang itu je ada so kita pun letak je...warna nya tak seberapa kuning seperti di harapkan. Nampak pucat saja tak seksi gitu. Kuih pun nak kena makeup baru nampak tergoda.
Hakikatnya ....lain kali nak buat perlu ada persiapan hehe.

 Saya buat setengah adunan saja.

TALAM PISANG 
sumber : kak hanieliza

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


agar agar mangga

Semalam ke pasar malam dan borong mangga yang ranun. Bestnya dapat minum air mangga dan lebihan buah saya buat agar agar.
Mulanya fikir nak buat pie mangga tapi cancel sebab jika makanan yang manis saya sorang saja kena habiskan. Tapi dalam agar agar nie saya siap kurangkan kandungan gula.

simple saja resepi agar agar nie tapi sedap.

Agar agar mangga
2-3 biji buah mangga- di kisar bersama susu
200 ml susu cair
800 ml air
10g agar agar
20-30 gm gula- agak agak bergantung pada buah
secubit garam
sedikit perwarna kuning

Masak puree buah mangga bersama susu dan masukan agar agar,gula dan sedikit garam.
Sedikit perwarna di masukan. Setelah mendidih tutupkan api dan tuang kedalam acuan.
Hiaskan lebihan buah mangga di atas agar agar.



Wednesday, April 17, 2013

nasi goreng ikan bilis

Pagi tadi hb bertugas seawal pagi. Kesian kan warung pun tak buka lagi so untuk itu saya harus bangun awal menyediakan nasi goreng lebihan nasi semalam. Awal satu jam ...rasa macam bangun sahur pulak. Selalunya 5.45 baru bangun.mandi dan sediakan sarapan ringkas iaitu roti. Tambahan pula hujan di awal pagi .
Legakan jika dapat sepinggan nasi goreng panas. 
Sebenarnya tak susah manapun sebab pada sebelah malam saya siap potongkan bawang serta sediakan benda benda. Bangun pagi saya perlu mengoreng saja .
Nasi goreng ikan bilis yang ranggup siap ada cili padi ...beberapa saja tapi cukup pedas.
Petua adik ku...jika buat nasi goreng...cili tu tumbuk kasar bersama beberapa ulas bawang putih. Saya selalu ikut tips nie ...nasi goreng rasa best sangat macam kat kedai.

Waktu saya mengemas kini blog ....saya  sudah pun siap dengan agar agar mangga . Baru je siap saya masukan dalam freezer. Kejap lagi boleh makan....sejuk tekak. Hmmmm dua tiga hari nie panas terik tapi bila saya buat agar agar hari pun sejuk...hujan turun dengan lebatnya . Bagus juga lah kelmarin pada waktu gini...badan saya dah macam duduk dalam suana saja sebab jam 11 pagi tiba tiba semua lampu tertutup. Ingatkan suis rosak lalu kita pun cam pandai je...pergi check suis box sebelah tangan siap hphone call hb ...camana nak buat. Setelah check semua suis ok je tak turun pun ...haaaa bermakna lertik terputus laa.
Sabar menanti dalam gelap dan peluh..tiba ada satu lelaki berkulit gelap..memanggil dari luar...saya terkedu dan takut pun ada ...alahai saya seorang di rumah. Call sekali hb....pasu abg cakap jangan layan...jika dia buat sesuatu terus call guard di jalan depan. Nasib baik gak lepas dia panggil ...kita duduk dalam stanby adus memang takut gak ...alhamdulilah dia pun pergi setelah en guard datang meronda. Lega....
Apapun bila berseorangan Hp mesti lah letak dalam apron...senang jika tak tercari cari. Wow celoteh panjang hari ini  jangan letih membaca ye.

Monday, April 15, 2013

tuna puff

 
Petang tadi merajinkan diri membuat puff tuna.untuk hidangaan petang hari bersantai luar rumah.
Lagipun lebihan isi ikan tuna yang saya gunakan setengah masih berkali saya adunkan kembali dengan cili dan bawang besar. Manakala puff pastri saya guna yang sejuk beku. Beres...kerja petang ini. ,,,siap dengan beberapa ketul puff .

Sorry ye gambar kat bawah nie...ada lipstick terlekat pada cawan eemmm lupa bila dah load gambar baru perasaan ...biasa lah girls kan.


Lokasi di luar rumah.....kerusi batu. sambil menyiram pokok bunga dalam pasu.
Lepas merawat bunga...lihat ke padang budak budak bermain bola...tapi padang nie agak tinggi nampak kepala mereka saja. Adakala bola jatuh terguling kebawah tepi jalan....kesian gak kena turun mengutip bola.
Walaupun jalan sunyi tapi sesekali ada kereta lalu cuma saya jarang membuka pintu pagar...sebab keselamatan...jiran jiran ku kebanyakan tiada waktu petang...malam baru nampak lampu namun orangnya amat jarang bertembung hehe biasa la....


nasi mandy

Sekejap saja masa berlalu sekarang dah masuk hari Isnin. Banyak perkara yang perlu d buat tapi masih bertangguh. Namun memasak tak boleh miss kan...jika tak berasap dapur kena lah beli nasi bungkus.
Hari ini teringat pula nak makan nasi arab...nak pergi makan di kedai Hydramaut di bandar Perda ...eeemm jauh sangat dari rumah...lagipun Hb kerja...jika tak berkerja pun jangan harap nak keluar makan pada waktu lunch nie. Hb lebih suka makan di rumah....kami hanya boleh jalan jalan cari makan pada waktu hb cuti ataupun pada sebelah petang saja. Biasalah berkerja kan.
Jika time kita kerja dulu sebut saja..pasti sampai sebab kita boleh keluar dengan officemate.
Berbalik pada hidangan ini walaupun kita pernah buat tapi dari segi rasa tak lah se perfect makan di kedai tok Arab kan. Namun jadilah untuk mengisi keinginanku.
Resepi ini saya goggle dari Myresepi.




Nasi mandy
Bahan-bahan ayam:

6 ketul  ayam ~ bahagian peha
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron – saya guna koma koma
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.