Friday, July 8, 2011

Tomyam Campur

Resepi ini di sunting dari MyResepi kiriman Mea

Tom Yam Campur 
Kiriman: mea

Bahan-Bahan:
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong – tak ada
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis 500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam- saya guna air kelapa 1 biji
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
4 tbs Pes tomyam – nak pedas sila tambah
Cara:
Masukkan air rebusan / air kelapa  ke dalam periuk. Biarkan seketika.
Masukkan bawang besar,bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.
Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis.
Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Nota  - saya mengunakan pes tomyam dalam botol dan mengantikan air rebusan dengan air sebiji kelapa muda untuk lebih manis dan Ummph.

No comments: