Thursday, July 7, 2011

Daging goreng kicap manis

Walaupun masih sedih dengan kehilangan blog lama saya mula dengan yang baru. Tak mau pusing kepala kita mula kembali. Hari ini saya masak daging saja mood dah hilang.

Daging goreng kicap manis
Bahan-bahan

daging segar 400g
sedikit halia
1 sudu gula
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
1 tbs jintan manis
1 tbs sos oyster
1 tbs sos ikan
2 ulas bwg putih
4 ulas bawang merah kecil
3 sudu minyak utk menggoreng
6 biji cili padi- dihiris nipis
2 biji bawang besar di hiris bulat serta daun bawang n sup –hiasan
1 biji tomto –dipotong kiub.
Garam jika perlu…rasa dahulu

Cara-cara
1.kisarkan bawang merah, bawang putih, halia
2.kemudian perapkan bersama-sama dengan daging, dicampurkan dengan kicap dan gula dlm lebih kurang 1 jam.
 3.masukkan minyak kedlm kuali, biarkan panas, lalu masukkan daging yg telah diperap tadi, lalu dikacau, dimasukkan sedikit air tutup kuali tadi agar daging cepat empuk dan cepat kering, hendaklah dikacau sekali sekali agar daging tidak hangit.
4. masukan buah tomato setelah daging empuk dan cili padi, kicap pekat,sos ikan  dan  sos oyster.
 Selepas kering ditutupkan api…dan masukan bawang besar yng telah di hiris bulat serta daun sup. Siap