Friday, July 15, 2011

Ikan percik

Hari ini baru masak lunch sebab semua ahli ada di rumah . Selalu kami ambil dinner saja. Hari ini teringin nak makan ikan bakar style yang ada sambal macam makan di kedai. 
Sempat lagi di pagi hari bergoggle cari resepi emmm banyak jenis bakar tapi satu resepi ini menarik perhatianku. Selalunya kita bakar atas grill dan cicah dengan air asam saja. Kali ini kita guna grill elektrik saja dan lapik dengan daun kunyit....hhaa daun pisang tak ada. Air asam pekat sedikit nanti bila nak makan baru di campur dengan hirisan bawang.

Resepi di sunting dari  Mesranet.

Ikan Percik 
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau

Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung (termenung) yang besar
2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai Sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit kunyit (ditumbuk)
Garam secukup rasa
Cara:
Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan



3 comments:

oli-go said...

nyum nyum nyum.

butique4u said...

As salam,
sedap nyer.... :)
resepi pun nampak mudah..boleh la try lepas ni :D

Azie said...

Lauk keukaan