Gambar tak sempat nak posing cantik cantik sebab dah lapar. Bila dah makan lupa habis. Nie sajalah gambar yang sempat di rakam...haha. Saya suka makan bila kuahnya banjir macam nie errkk setengah orang tak suka. Jika ke kedai nasi kandar pun saya suka minta...kuah banjir - orang penang faham dah.
Resepi untuk roti jala...rasanya tak payah kot sebab ramai dah tahu. Kali ini kita berkongsi Kari Daging...my style.
Kari Daging
Bahan-bahan
½ kg daging
minyak – agak agak jgn banyak
3 labu bawang – di cincang halus
2 ulas bawang putih – di cincang halus
1 jnci halia- ditumbuk
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 pkt biasa rempah kari daging- babas
2 sudu rempah kari kurma – di campur kedua jenis dgn 125 ml air – jadikan pes
1 biji buah tomato – potong kiub
150 ml santan cair
80 ml santan pekat
2 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
garam secukupnya
1 kiub ayam
Cara-cara
1.Potong daging –kiub kecil
2.Panaskan minyak di dalam periuk.
3.Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
4.Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
5.Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
6.Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering dan empuk.
7.Masukkan pula tomato yang di potong kecil dan kentang .
8.Masukan santan cair , biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan sebentar .
9.Akhir sekali masukkan kiub . garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati.
Didihkan sebentar pada kepekatan yang mahu …siap.
No comments:
Post a Comment