Thursday, July 14, 2011

Daging rendang tomyam


Makan malam semalam hanya lauk ini dengan sayur tauge. Letih benar selepas berkemas di dapur.
Hujan lebat waktu petang semalam telah menyebabkan banjir kecil di dapur . Air longkang melimpah dan mengalir masuk melalui pintu . Haha rumah di kawasan tinggi pun boleh air masuk ke dalam dapur .
Hujan yang terlalu lebat menyebabkan saluran longkang tidak dapat menampung limpahan air yang mendadak menyebabkan laluan perlahan ke longkang besar. Walaupun air yang masuk sedikit dan tidak kotor  tapi kerja kerja pembersihan amatlah meletihkan badan macam berlari satu stadium. Habis dua mop lantai di kerjakan sampai rosak. Semalam selepas makan malam keluar ke kedai beli yang baru .



Daging rendang tomyam
Bahan-bahan:
  • 400g daging
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1 inci halia dihiris- bahagi dua sebahagian untuk rebus dan tumis
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap
  • 6 biji cili padi- nak lebih pedas sila tambah
  • 2 kiub pes tomyam – kuib maggi atas knorr
  • 1 biji buah tomato
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Garam- jika perlu
  • , gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Daging mentah dihiris-hiris halus ikut citarasa.
  2. Kemudian direbus dengan memasukan sedikit air , halia dan pes tomyam sehingga daging lembut.
  3. Toskan daging yang dah direbus, air rebusan ni jangan dibuang.
  4. Panaskan minyak didalam kuali agak agak saja untuk mengorengkan daging .
  5. Bila daging agak garing masukan lebihan halia dan cili padi sehingga naik bau masukan air rebusan ., sos cili,buah tomato . kicap dan sos ikan.
Renihkan kuih daging sehingga kepekatan yang suka dan akhir sekali masukan hirisan bawang dan daun ketumbar dan tutupkan api agar bawang tadi agak sedikit layu

2 comments:

openid said...

Alahai ciannye banjir kilat ye kak... jenuh juga tu nak mengemop nye... :)
sedapnye nampak daging rendang tomyam tu.
Ijan

CitarasaKu said...

Ijan,
tulah kawasan bukit bila hujan air memang laju longkang tepi rumah kecik saja sedar sadar dah masuk.