Friday, July 8, 2011

Hotdog ala Coney

Memandangkan hari ini free saya mula membuat posting baru gambar gambar yang masih tersimpan dalam pc bersama resepinya. Setakat yang ada saja dan selebihnya telah hilang.


Untuk resepi:-

Coney dog
Bahan-bahan ( 10 biji )
•400 gm daging kisar
•3 biji bawang besar - potong dadu
•2 ulas bawang putih - cincang halus
•1 sdk serbuk lada (chilli powder)
•3/4 sdk lada hitam - kisar halus
•3/4 cawan sos tomato
•1/4 cawan air
•1 sdk garam
•1 sdk gula
•serbuk perasa secukup rasa
•10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
•10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
1.SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
2.Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
3.Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
4.Masak sosej.( Saya grill sekejap)
5.Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya dan tambahkan mayonis jika suka.

No comments: