Sarapan dan bekal buat si Yon yon sekolah. Hari hari dalam minggu ini dia akan pulang lewat sebab esuk dia ada raptai untuk pancaragam sekolah. Dalam banayk banyak aktiviti sekolah yang dia cebur baru kali ini nampak dia begitu semangat sekali. Tapi bila pulang dari sekolah dari awal masuk pintu siap tanya hari ini mama masak apa.
Hari ini mesti dia tak lapar.Siap bekal dengan air macam nak pergi picnic kan nasib baik tak letak agar agar nanti kengkawan gelak kuat kat dia almaklum si Yonyon nie bersaiz agak besar juga wakaka.
Burger pagi ini tak berani nak letak pelik pelik takut nanti perut dia meragam kat sekolah so kita letak salad, hirisan tomato sekeping dan telur ang di balut dengan daging burger buatan sendiri. Daging burger nie dah di buat semalam dan simpan jadi tak lah ambil masa nak sediakan.
Resepi daging burger saya agak agak saja tapi ok lah pada saya.
500 gm daging kisar
2biji bawang bombay cincang halus
1/4 sdt serbuk perisa ayam/daging
1/4 sdt serbuk pala
sedikit serbuk lada,garam.
1 ulas bawang putih, di haluskan
1 butir telur
1/2 sdm Maggi seasoning
garam
2 sdm tepung roti
2 sdm margarine atau minyak untuk menggoreng
- Campur semua bahan jadi satu (kecuali margarine), lalu buat bulat2an dulu. (bagi jadi 6 bulatan )
- Goreng dengan non-stick pan sehingga daging masak - Goreng hingga kuning kecoklatan.
Nota: Jika untuk di simpan ...goreng sebentar saja pastu balutkan dengan plastic dan di simpan dalam petisejuk.
Garam....jika kita tak ada Maggi seasoning -nanti masin
1 comment:
Assalmkum Noor,
Singgah dapur Noor...jamu mata dgn burger!
Post a Comment