Tuesday, July 12, 2011

Apam versi jalur



Maaf ye resepi sebenar apam nie adalah  POLKADOT di sebabkan saya guna acuan empat segi tak cantik bila buat dot dot tu nampak tak comel sungguh. Apalagi saya buat jalur saja lah nak ok sikit.
Hari ini kuih untuk petang dah siap lebih awal lepas nie boleh rehat cuci dapur.

Inilah acuan yang saya guna untuk apam. Acuan ini sebenarnya acuan kuih teko.
Resepi apam saya ambil dari blog Mamafami....sifo masak kita. Saya buat setengah adunan dan dapat lebih kurang 18 biji . Filing nya pulak saya gantikan dengan buah buahan kering strawberry....rasa masa masam masam manis dan sedap.

APAM POLKA DOT /Jalur
Sumber : Hana

Bahan-bahan :

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu teh esen vanilla

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

3 comments:

CT Delima said...

As'salam Noor


rajin nya, nampak kelainan ingat apam apa tadi. rupa2nya apam dot dot ya. sangat kreatif lah :D

Diana @ bilakukatacinta said...

nak try lah

uNiQuE ALA sHoPpE said...

salam, cayalah good idea..