Lama tak meroti sebab asyik makan burger saja. Hari ini nak makan roti style Turki pula...nama pun turkish pide. Dulu dah pernah buat sekali dan kita ikut resepi dalam home taste...tapi kali ini kita nak cuba buat resepi dari Juwita . Saya kekalkan pada minyak zaiton sebab lebih terasa. Inilah hasil nya. Terima kasih Juwita . Pide sebenarnya berbentuk seperti sampan dan bersimpul di kedua dua hujung.
Resepinya saya salin di sini
TURKISH PIDE
Recipe: KAK DIANA
Source:
CURLYBABE SATISFACTION KAK AYU
Bahan Doh pide
* 480 g tepung roti
* 375 ml air suam
* 60 ml minyak zaitun
* 1 sudu besar yis
* 1 sudu teh garam,
* secubit gula kastor
Bahan Inti pide
* 250 g daging cincang
* 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
* 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
* 2 biji tomato, dipotong dadu
* 1 biji bawang dipotong dadu
* 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
* 1/2 sudu teh serbuk cayenne
* 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
* 1 sudu besar minyak zaitun
* 3 biji telur
* daun sup secukupnya, dipotong halus
* garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Bahan sapuan pide
* 50ml susu segar
* 1 biji telur
Cara membuat pide
1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
2. .Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
4. .Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide
1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara membuat pide
1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
5. .Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.