Saya guna resepi ini untuk membuat nasi daging kali ini. Selalu saya bertukar resepi sebab ingin merasa kelainan. Apapun resepi yang di sunting dari MyResepi ini agak sedap.
NASI
DAGING
Bahan-bahan:
3
pot beras (pot=tin susu pekat... )
1/2
cwn tomato puree cair
1
cawan susu cair
Bahan-bahan
utk stok daging :
500gm
daging
2
inci kulit kayu manis
3
biji buah pelaga
3
kuntum bunga cengkih
2
kuntum bunga lawang
1
sudu besar rempah kurma
i
camca teh lada putih
1/2
camca teh serbuk jintan manis
1/2
camca teh serbuk jintan putih
Garam
secukup rasa
Air
5 cawan..ditambah sehingga daging lembut
*
Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.
Bahan-bahan
tumis :
1/2
biji bawang besar, dimayang
3
biji bawang putih, dimayang halus
1
inci halia, dihiris nipis
2
inci kulit kayu manis
2
biji buah pelaga
2
sudu besar minyak/mentega untuk menumis
Cara-cara:
1.
Basuh beras dan toskan.
2.
Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3.
Masukkan beras dan kacau seketika.
4.
Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5.
Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua
hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak.
Sesekali elok dikacau nasi.
*
Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.
Cara
hidangan :
1.
Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging
siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air
asam.
Air
asam :
Perahan
air asam jawa
Bawang
besar hiris
Buah
tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan
cili merah atau cili hijau
Belacan
bakar
Garam
dan gula secukup rasa
Perahan
air limau nipis/kasturi
Air asam tomato berkerisek...mmmp sedap bila di cicah dengan daging rebus.
1 comment:
sedap ni hari tu saya pun plan nak buat nasi daging tapi tomato soup tak dak tu yg plan tinggai plan heheh malaih nak keluaq hehheeh boleh gitu
Post a Comment