Sunday, November 25, 2012

sotong goreng kunyit...eemmm

Selamat pagi semua. Alhamdulilah hari nie bersiaran awal pagi hehe sebab tenet laju jadi dapat lah letak gambar dan story sedikit.
Bercerita mengenai lauk pauk semalam...walaupun dah habis. Semalam kita berbuka dengan nasi lemak kedah style. Masa baru pindah kesini kita memang hairan bila nampak nasi lemak kat sini berwarna kuning dan berlauk gulai udang yang pekat. Mula mula makan tu semasa Hb posting di Kuala Nerang waktu tu kita masih berkerja di Penang. Cuti hujung minggu baru kita kesana. Semasa di hentian bas menunggu Hb datang jemput kita akan supper sebelum pulang. Jadi di kawasan hentian tu ada ramai peniaga nasi lemak kuning...ada sedap dan ada tidak ...nasib lah.
Sekarang nie dah bertukar ke S.P pun juga nasi camnie...saya paling suka makan di kedai..(dulu warung) kawasan taman ria. Nasi lemak berkuah gulai udang.berkali kali makan di situ sampai berkali kali juga lah mencuba gulai udang seakan akan sama kepekatan macam kat kedai tu . Alhamdulilah semalam menjadi lah sikit ye.
Entri gulai udang tu rasanya dah ada so saya tak letak lah . Hari nie bercerita pasal sotong Apolo. Saya tak pasti orang luar kat sana panggil apa...sebab masa saya beli tu saya tanya kat penjual...sotong besar nie berapa sekilo...dia jawab Rm 16. saja..sama dengan sotong kecil tu. 
Se ingat saya lah saya pernah menikmati sotong sebesar ini sewaktu berada di penarik Terangganu ...sotong nie di bakar dan di cicah dengan air asam...ishhh memang best kan. Tapi semalam saya hanya mampu masak secara goreng kunyit saja sebab anak saya sakit tekak.

Sotong masak begini...senang kan, saya suka letak air asam yang agak pekat dan tambahkan sedikit sos tiram dan tomato ceri. Setelah api di tutup baru masukan cincangan daun ketumbar.


No comments: