Tuesday, November 6, 2012

gulai nangka & ikan masin talang

Menu lunch tadi ...gulai nangka dengan ikan masin talang yang di tumis darat. Haaa panjang pun nama. Apapun lauk begini memang sedap di makan dengan nasi putih ,ditambah pula sambal belacan memang kick. Sampai kan masa ambil gambat nie kuah tinggal sedikit saja baru teringat nak ambil gambar begini lah penangan gulai nangka hari ini.
Bagi yang berumur sikit kenalah elak makan nanti sakit angin satu badan ...hehe pertengahan umur pun kekadang sakit juga. Insyallah bad dapat bertahan rasa rasanya. 




NANGKA BEREMPAH atau GULAI NANGKA TUMIS DARAT
Sumber: KakLiza (Hanieliza)

Bahan :

500 gm nangka muda yg kecil
200 gm ikan talang kering
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan
2 inci halia- di ketuk
1 labu bawang besar
garam
Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba
1/2 s/k jintan manis
4 tangkai cili kering

Cara:

1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak
 
Nota: Yang tulisan merah saya tambah sendiri.

2 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam Noor
akak mmg suka nangka dgn ikan talang resepi turun temurun kalau dpt ni mmg bertambah2 nasi tak sedar,nak kena cari nangka ni esuk gi pasar lah haha

Noor Yusoff said...

>>kak noor...buat kerabu pun best juga hehe kita pun teringin juga nak makan kerabu tapi kena selang hari lah makan nanti berangin pulak satu badan...