Sunday, November 4, 2012

kaswi pandan


Waaa petang semalam baru kita dapat makan kuih kaswi ...tapi berperisa pandan. Hajat di hati nak makan perisa gula melaka. Tapi bila check stok...yang tinggal hanya dua keping bersaiz kecil....tak cukup kan untuk adunan ini . Nanti rasanya tak ngam.
Apapun perisa pandan pun tidak kurang sedap nya. Alhamdulilah kaswi nie menjadi dengan sebaiknya.
Dalam banyak resepi yang telah saya cuba nampaknya saya lebih suka kepada resepi ini sebab rasanya yang lemak dan kenyal. Terimakasih saya pada Cik Yatie.

Kaswi pandan
Bahan-Bahan ( loyang 8 inci)
Sumber : Yatie


 1 1/2 cwn tepung gandum
 1/2 cwn tepung ubi
 1 cwn gula pasir halus
 2 1/3 cwn santan
 1 cwn air pandan (air di kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
 1 sudu besar air kapur sireh
 1/2 sudu kecil garam
  sedikit pewarna hijau.

**1/2 biji kelapa parut putihnya sahaja dan sedikit garam halus, gaulkan rata dan boleh di makan bersama kaswi pandan.

Cara-Cara

 Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
 Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik.
 Ketepikan dulu. Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu. ementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar. Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati. Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya kisar semuanya.
Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 25-30 minit. Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
Saya guna acuan lompang sebab cepat masak . Setelah masak gaulkan dengan kelapa putih yang di parut kasar bercampur dengan secubit garam.


 



1 comment:

Gee® said...

ermmm...terlior laa... sedapnyaa