Thursday, November 22, 2012
nasi minyak terangganu
Selamat pagi ...Alhamdulilah di pagi ini langit kembali cerah dan tugasan di luar rumah dah settle jadi dapatlah mengadap pc sekejap sebelum memulakan routine harian yang lain.
Hari ini kita plan nak masak sup saja...jadi tak lah banyak benda yang nak prepare.
Apapun kita nak share hidangan kelmarin. ummm nasi minyak terangganu ..masa saya goggle goggle ternampak hidangan ini selama nie saya hanya masak nasi minyak jenis mami penang saja yang berdaun kari dan di tumis dengan minyak sapi. Nie pulak versi hampir sama cuma ada sunquick yang menjadikan nasi saya berwarna kuning dan lembut .
Nasi ini saya gandingkan dengan lauk ayam masak merah di mana kali ini saya tidak mengunakan tomato soup kimball sebaliknya saya didihkan air dan masukan tiga biji tomato yang sederhana besar. Tunggu sekejap sehingga mendidih dan buah tomato di buangkan kulit di potong kecil dan kita blend saja.
Hasilnya sedap juga. Hehe nie resepi Arwah ibu saya waktu dia masak untuk kami dulu ....dulu mana emak mampu nak beli tomato soup dalam tin kan.
Bila masak masak gini teringat kat Arwah emak ...tresangat rindu walaupun permergian nya belum sampai 100 hari lagi.
Resepi : Nasi Minyak Terengganu
Sumber : Aisyahumaira
Bahan-bahan Utama
Beras
1 biji bawang besar di potong mayang
3cm halia di ketuk
1/2 tin susu cair
Marjerin (bagi klasik skit)
Minyak masak
Sirap & sunquick
Air mengikut sukatan beras
2 helai daun pandanRempah kasar
2 biji butir limau
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
kulit kayu manisCara-cara membuat
Panaskan kuali, masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak.
Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jdi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
Masukkan sedikit garam.
Selepas nasi kering atau nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
Sedia dihidang.
Labels:
masakan harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sedapnya sihat ke noor ,cuti2 tak jenjalan ke mana2 ka?
sedap nampak... cili tu merah menarik je tengok ha..
Post a Comment