Monday, November 12, 2012

puding roti nenas

Salam pagi Isnin .Dan cuti sekolah dah pun bermula. Maka banyak lah kenduri kahwin terutamanya bertumpu kepada tarikh yang menarik 10-11-12 ...11-11-12 . 
Semalam pun banyak jemputan kenduri di terima pada masa yang sama kami adik beradik bersetuju untuk mengadakan kenduri Tahlil di surau pada sebelah pagi.
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

Berbalik pada puding roti nie kita buat pada petang sebelumnya untuk minum petang .  Resepi yang seperti biasa kalainan nya pada roti yang di sapu dengan jam ...jika seperti selalu roti akan di sapu butter. Jadi kandungan gula dalam puding di kurangan bagi mengelakan rasa manis .
Dan masam masam manis dari buah nenas dalam tin yang telah siap di dadu.  Apapun ianya sangat sedap dan tidak terlalu manis apabila di makan bersama sos kastad berperisa kulit orange. Nyummmm


Roti baguette yang telah di potong dan di sapukan dengan jem resberry.....aturkan dalam bekas.

Puding roti nenas
Olahan: CitarasaKu

Bahan-bahan
 Roti –di potong atau di carik
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus –gula saya rasa dulu kemanisan nya
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 4 s/b nenas kiub dalam tin- ikut  suka
* 4 biji  telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* jem resberry atau apa apa jenis – disapukan pada roti
½ cawan almond panggang

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad-  
2 s/b gula atau secukup rasa

Cara-cara

Koyakkan roti atau potong dan sapukan dengan jem .susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.

Taburkan badam ke atasnya .
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.Tuang ke atas puding roti tadi .sewaktu menikmatinya
 






2 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
amboiiii.. berseri2 la puding roti nenas ni.. suka makan nenas.. tapi skrg dah 7 bulan tak sentuh nanas..

Ayam said...

Jassnani>>>Salam...tahniah semuga malahirkan baby yang sihat . Amin.
Saya dulu pun berpantang berbagai jenis sebab sukar nak dapat zuriat ...alhamdulilah dapat seorang pun dah syukur sangat.
Apapaun puding nie boleh di gantikan dengan buah peach,laici pun sedap juga.