Monday, November 26, 2012

kuih talam durian

Salam pagi Isnin. Sekejapnya masa berjalan .Saya masih memerap di rumah tidak kemana mana. Memang bosan juga tapi saya menenangkan hati dengan membuat sesuatu kerja agar kebosanan itu hilang. Sedihkan , nak buat camana my Hb sibuk dengan kerja harian dan tidak mengambil cuti tahunan lagi . Apapun kita tunggu saja....sebab itu bila kita bercuti jika boleh kita suka kami saja tanpa ada orang lain sebab kami sangat jarang dapat bercuti.
Kadangkala keluarga ipar saya tidak memahami kenapa waktu bercuti saya jarang kerumah family mereka ...bukan tak suka tapi kadangkala tidak selesa. Saya lebih suka pergi bertandang sekejap dan kemudian beristirehat di hotel saja..lebih selesa dan tidak menyusahkan sesiapa.



Disebabkan ada lebihan isi durian maka saya buat membuat kuih talam ini ..saya buat setengah adunan saja.

Kuih talam durian
sumber: Myresepi


Bahan-bahan ( loyang 10 x 10 inc ) ad

    LAPIS BAWAH :-
    140 g tepung beras
    55 g tepung jagung
    125 g gula halus
    900 ml santan cair (200ml KARA + air)
    1/2 sk air mawar (akak bubuh esen vanilla)
    1 sk garam atau secukup rasa
    sedikit pewarna merah atau hijau – saya biar kosong

    LAPIS SERIKAYA :-
    5 biji telur
    1 cawan tepung gandum
    250 g gula halus (boleh kurangkan jika durian dah manis)
    500 ml santan pekat (300ml KARA + air)
    170 g isi durian
    1/4 sk garam
    sedikit pewarna kuning

Cara-cara

 Untuk memudahkan kerja...bancuh dulu adunan lapis atas dan bawah berasingan baru mulakan process memasak.Panaskan periuk kukusan.
Satukan bahan2 lapis bawah,kacau rata dan tapis.Tuangkan ke dalam periuk.
Untuk serikaya...Kisar durian dan santan hingga halus.Di dalam mangkuk,kacau telur dan gula hingga gula larut.Masukkan tepung,kisaran santan dan durian,garam dan warna kuning.Kacau hingga tepung tak berbintil.
Talam_serikaya_durian_1_lapis
Loyang disapu minyak dan dipanaskan dalam kukusan.Bahan2 lapisan bawah dimasak hingga berwap dan tuangkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.

Masak pula adunan lapisan serikaya hingga hampir pekat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus semula hingga masak di atas api sederhana.
Biar  kuih benar2 sejuk di dalam loyang. 
Potong setelah sejuk dan hidangkan

2 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
sedapnya kuih talam ni.. saya amik resepi... terima kasih..

inahar ali said...

dapnyer noor!!