Sunday, November 18, 2012

daging goreng serai

Menu semalam.....dah tak dapat fikir nak masak apa setiap hari haha hilang idea. Last fikir goreng macam nie jadilah kita makan simple simple saja lah janji kenyang.
Alhamdulilah walaupun simple tapi dah habis . Makan malam kita fikir lain pula.
Resepi ini saya ambil dari Sajian Sedap (majalan indonesia ).....hehe memang kena dengan tekak saya..sedap juga.
 
Bahan-bahan/bumbu-bumbu :
400 gram daging gandik, dipotong-potong
3 batang serai, diiris serong
3 siung bawang putih, dicincang halus
4 butir bawang merah, dicincang halus
2 buah cabai merah besar, dibuang biji, diriis serong
1 buah cabai hijau besar, dibuang biji, diiris serong
1/2 sendok teh kecap ikan
1 sendok teh kecap manis
1/2 sendok makan garam
1/2 sendok teh merica hitam bubuk - saya guna belacan bakar yang di tumbuk sedikit
1/2 sendok teh gula pasir
250 ml air
1 batang daun bawang, dipotong serong
2 sendok makan minyak goreng untuk menumis
Cara Pengolahan :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, dan serai sampai harum. Tambahkan cabai merah dan cabai hijau. Aduk sampai layu.
  2. Masukkan daging. Aduk sampai berubah warna. Tambahkan kecap ikan, kecap manis, garam, merica hitam bubuk, dan gula pasir. Aduk rata.
  3. Tuang air. Masak sampai matang dan harum. Masukkan daun bawang. Aduk rata.


3 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
wahhh ni kalau masih ada stok daging korban.. dah tentu jadi gak daging masak serai ni.. tapi daging korban dah abis.. nak makan kena beli sendiri lah.. :) ehehe

Bicara Kak Noor said...

salam Noor..
sedap jugak ni macam ni pun makan dgn nasi panas ke nasi lemak ke mmg terangkat ni ni kan....

Amie said...

Mmmmm... harum serai sampai ke rumah kami... sedapnya!