Monday, April 30, 2012

Menu hari ini


Hari ini kita nak share dua daripada menu kita buat waktu lunch tadi. Kita masak kari udang dengan kacang panjang dan nenas.
Menu sayur pun terdiri dari bahan yang sama gak...nampak boringkan. Tapi sebab sayur kacang nie jenis yang tak dapat bertahan lama dalam simpanan sebab itu saya kena masak jugak . Rasanya jika esuk hari sayur nie tak ranggup bila di goreng.
Sayur kacang panjang sebab goreng di tambah pula dengan tauhu satu gandingan yang memang sedap.
Waktu mengoreng sayur nia kebiasaan nya saya akan goreng tauhu dulu dan dipotong memanjang . Jadi bahan di dalam sayuran itu akan di serap oleh tauhu dan jadikan ianya lebih sedap.


Kerang tumis serai kita masak untuk YonYon sebab dia memang suka makan kerang.





Banana smoothie with orange sunquick


Teringat nak buat macam macam jenis air yang kita minum di kedai nampak cantik dan sweet sangat dengan hiasan dan harga pun cantik sangat. Dek kerana dok ingat berjenis jenis air hari ini kita buat salah satu air yang menjadi kesukaan takala berkunjung makan luar.
Tapi yang kita buat nie tak cantik tapi sedap di minum. Saya malas nak keluarkan payung ,ceri dan segala hiasan sebab saya tersangat haus ..cepat ambil gambar dan saya boleh minum .
Eeemm lepas minum baru lega dan perut terasa kenyang sebab pisang mengandungi serat. Time dulu ..(waktu belum kawin laaa) kita time tu memang slim gila...berat waktu 45kg saja tapi bila naik sikit ke 47-48 mula dah start makan pisang sebagai breakfast sampai lunch hanya makan 3 camca nasi dengan sayur. Kengkawan kat ofis semua dah tau jika makan camnie mereka siap tanya baju mana dah tak muat...hahaha.
Semua peristiwa itu dah berlalu dan kini adalah diet sikit saja takut tak balance pulak bila jalan dgn Hb takut nanti depa tanya yang kat tepi tu siapa......Ish ish ish .

Bahan:
•2 pisang masak ranum
•1/2 cup non-fat yogurt
.2 sudu besar orange sanquick
. 250 ml susu segar
•1 tbs madu
•1 cup ice cube
Sirap rose
Masukan kesemua bahan kecuali sirap rose dan blend .


Sunday, April 29, 2012

Bingka labu



Selamat petang dan di hari minggu nie tak ramai yang melekat kat pc sebab masing masing ada agenda bersiar siar. Bagi kita yang memerap kat dalam rumah kena fikirkan apa nak buat pada sebelah petang Biasalah selepas makan tengahari siap kita selalu ingat menu untuk minum petang pulak. Walaupun kami bertiga saja nak makan saya selalu suka buat sendiri sebab untuk mengelakan dari tidur di siang hari.
Jadi petang ini saya telah siapkan bingka labu. Saya jarang membeli labu jika ada yang barsaiz kecil baru lah saya beli. Untuk bingka hari ini saya hanya gunakan sebelah saja buah labu kuning. Hmmmm sangat mudah untuk membuatnya dan cepat.


Kari ikan Ikan Tenggiri


Menu semalam kari ikan tenggiri. Sebelah siangnya kita tidak memasak ...dapur cuti half day. Hihi waktu menghantar anak ke kelas tambahan kita breakfast kat warung berhampiran Taman Ria Indah ...makan nasi lemak sebungkus dan sekeping roti canai memang terasa kenyang hingga ke petang hari. 

Mood untuk memasak agak kurang sebab melihat pada perkembangan politik semasa.
Sentiasa kita bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. 



Friday, April 27, 2012

Puding karamel lapis special



Dalam cuaca begini makanan pun nak kena sediakan secara kesesuaian cuaca. Oleh kerana lama dah tekak berasa sangat kering maka kita pun mula mencari puding puding yang sesuai dan sewaktu dengan nya. maka hari ini kita dah jumpa satu puding dari rumah KNor . Jika selalu makan puding karamel yang ada telur dan tanpa telur maka hari ini kita makan yang special pulak. 
    

Adunan i.ni agak banyak untuk kami bertiga ...rasanya jika buat kali kedua kita perlu buat separuh saja. 
Puding yang saya hasilkan ini nampak tak cantik sebab saya potong mengunakan pisau biasa. Hehe biasa lah masa kita nak guna cari pisang bergerigi hilang entah di mana. Salah letak lah pulak.
Terima kasih buat kakNor....sukanya saya .  
Nak tau kenapa puding saya warna hijau...sebabnya saya terus buat tanpa check perisa coklat /mocca paste saya dah habis ...lupa sebab teruja sangat nak buat ...habis tu alternatif nya cari paste pandan...hihi warnanya hijau nampak pelik lah sikit . 
                     

PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL
resipi : http://www.secubitgaramnor67.com/2011/03/puding-karamel-lapis-special.html#ixzz1t7Tj1qcg

Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco


Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas


Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila


chocolate rice secukupnya


Utk membuat gula hangus:
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.


Utk membuat puding karamel:
Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.

Thursday, April 26, 2012

Blueberry crumble


Blueberry yang telah di beli dua tiga hari yang lalu kena di gunakan jika tidak ianya akan rosak . Selalunya saya buat muffin dengan buah nie. Kali ini saya ubah selera pulak pada kek yang ada topping biskut di atasnya.  Tektur kat bahagian atas kelihatan kasar macam permukaan bulan saja. Senang tak payah nak deko deko bila masak boleh terus potong dan makan hihi ....kita suka la.
Resepinya pulak kita ambil dari FnF nun jauh di sana. Beliau mengunakan epal tapi saya nak guna blueberry jadi saya ubahsuai buahnya saja. Masa goggle ada banyak juga resepi tapi saya nak cuba yang ini dulu . FnF buat mengunakan apple dalam muffin pan tapi saya letakan dalam pan size sebab nak cepat hehe.
Apapun hasil nya sedap. gebu dan cepat di makan.



Resepi nie saya ambil dari dapur FnF dengan sedikit ubahsuai ....terima kasih ye.... Resepi asal sila rujuk ke blog FnF.

Blueberry crumble 
Sumber  : FnF
Bahan2

100g butter, lembutkan
150g gula halus
50g sour cream/ plain yogurt
3 telur
1 sk esen vanilla
210g tepung halus*
11/2 sk baking powder* (ayak sekali)
100 gm buah blueberry - dibasuh dan di keringkan dan di salutkan sedikit tepung sebelum di masukan kedalam adunan 

Topping Crumble
80g tepung gandum
35g butter
35g gula
40g coklat chip

Ramas2 gula, mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk crumble. Masukkan cip coklat. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk.

Cara
Pukul butter, gula dan sour cream/yogurt hingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sebati.
Tambah esen vanila.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Pukul sebati dengan mixer.
Masukkan blueberry . Kaup balik hingga sebati.
Sudukan adunan di dalam bekas loaf pan atau pan biasa.
Tabur crumble dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C.





Wednesday, April 25, 2012

Butter Egg Rolls



Selamat pagi...haaa awal pagi dah ada entri ...sebenarnya roti nie di buat malam semalam. Sebelum makan malam kita masukan kesemua bahan dalam Bm dan terus ada doh yang lembut dan kenyal. Selepas habis tugasan seliakan meja makan barulah senang nak membentuk serta membakar dan pagi nie kita tak payah risau sebab dah tersedia.

Gambar kat bawah nie...roti menunggu giliran untuk di bakar. Warna merah di atas roti tu saya letak serbuk paprika bercampur sedikit serbuk garam  haha nie saya pandai pandai tambah . Dalam resepi guna serbuk cili tapi saya tak ada benda nie -dah habis.


Hasilnya roti yang di bakar nampak kemerahkan tetapi tidak pedas tau. Bila di makan terasa enak cheese . Saya sangat suka pada resepi nie sebagai rujukan .




Butter Egg Rolls
http://cathy-joy.blogspot.com
(adapted & modify from Carol


Ingredients
270g bread flour

30g plain flour
1 tsp instant yeast
3g bread improver
30g sugar

50g milk

3 eggs
30g salted butter


Filling
Chesdale Cheese slices 


Method:
1. Combine all ingredients together (except butter) in a mixer & beat until a dough is formed.
2. Add in butter & beat again until the dough is smooth.
3. Divide the dough into 8 portions. Roll out one dough into a thin long stripe. Place a piece of cheese in it & roll up.
4. Proof the dough for 1hr.
5. Egg wash the rolls & sprinkle a dash of chili powder.
6. Bake in a preheated oven @ 180
°C for 10mins

Tuesday, April 24, 2012

Udang goreng pedas bawang putih

Menu makan malam tadi. Kita masak waktu petang jadinya waktu nak makan hidangan  masih panas . 
Saya buat udang nya tidak seranggup sebagaimana tuan punya resepi cakap.
Mungkin saya tidak lambong lambong udang dalam pan sepertimana chef chef dok masak dalam Afc. Kang silap lambung terus jatuh ke lantai.....waaa.
Dalam resepi cili padi masukan hanya guna dua batang tapi saya tersilap lihat saya masukan 5 cili padi. Bayangkan merah muka ku waktu makan walaupun sedap menahan kepedasan yang amat berbaloi.
Nasib baik makan di malam hari jika makan pada waktu lunch pasti berpeluh dah lah cuaca sekarang nie tersangat lah amat kurang meyenangkan. Meter elektrik kita lihat berpusing laju saja ...habislah cukup bulan nak kena bayar pada Tnb.

Resepi asal kena lah pergi ke blog beliau ikut link bawah resepi tu. Saya alih bahasa dan tukar sikit sebab terlebih rajin. Selalunya saya copypaste tanpa tukar bahasanya.


Garlic spicy prawn (udang goreng pedas bawana g putih)
Sumber: WendyinKK

500 gm udang
2 tbsb bawang putih- di cincang halus
2 biji cili padi- di cincang halus
1 tsp rempah daging
2 tbsp cream ( boleh di gantikan dengan santan)
½ tsp garam

1.       Udang di bersihkan dan pastikan selepas cuci lap udang sehingga kering
2.    Panas kan kuali serta masukan 3 tbsp minyak dan pastikan kuali panas.
3.    Masukan udang dan biarkan seketika sehinga bertukar warna barulah di terbalikan dan goreng . Angkat dan letak sebelah.
4.    Masih mengunakan kuali yang sama dengan api yang kecil gorengkan cincangan bawang putih agak sedikit keperangan masukan cili padi dan rempah. Gorengkan sebentar sehingga naik bau barulah masukan udang yang telah di goreng tadi.
Masukan cream dan kacau balikan sehingga sebati dan siap.


Kuzi Ayam


Inilah lauk yang di gandingkan dengan nasi tomato. Mulanya kita nak buat dalca sayur dengan ayam madu tapi kita cancel pada saat akhir pulak sebab benda tak cukup hihi biasalah kan. Tak boleh buat yang itu jadi yang ini pulak. Masa kita jalan jalan intai dapur ke dapur ternampak menu ini. Selama nie kita makan orang masak lauk nie tapi rasanya kita tak pernah buat lagi. Satu resepi yang berlainan dalam Myresepi bahan dia ada yang guna badam dan kacang tanah .hhmm nampak cam susah dan lemak gitu tapi resepi dari dapur Cik Ct nampaknya ringkas...haha kita sukalah sebab semua bahan dah ada.
Terima kasih ye pada sumbernya juga Cik Yatie dan Che Ct. Memang enak di padankan dengan nasi tomato kita semalam. Jika nak lihat gambar yang cantik cantik sila lah ke dapur Che Ct ye....kita suka lihat gambar kat dapur beliau.

Resepi nie kita copy dari rumah Ct tanpa di ubah suai .



Ayam Masak Kuzi
sumber : Nor SecubitGaram / Yatie Memories
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam -potong kecil
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan santan
5 biji cili merah
6 biji tomato - belah 4
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 cawan sos tomato
1 sudu besar gula merah
2 batang carrot - potong 1 inci
Garam
2 sudu besar minyak + 1 sudu besar minyak sapi

Bahan Mesin :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
2 biji buah keras
1 cawan cili kisar

Rempah Kuzi :
2 sudu makan ketumbar #
1 sudu makan jintan manis #
1 sudu makan jintan putih # - # di sangai dan kisar kering
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih

Cara-cara :

1. Ayam dibersihkan dan gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak serta minyak sapi dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.

4. Masukkan ayam, susu cair, santan, carrot, buah tomato , bawang besar dan cili merah.
5. Tutupkan periuk dan dengan mengunakan api sederhana biar ayam empuk dan kuah pekat sedikit. Masukkan garam dan gula merah, kacau rata, perasakan dan bolehlah dimatikan api.
6. Hidangkan bersama nasi ketumbar atau nasi kegemaran.

Nasi Tomato



Selamat pagi. Baru sekarang dapat nak update menu semalam. Malam semalam hujan sangat lebat serta guruh dan kilat. Kita rasa takut nak buka wifi dalam suasana begini almaklum kawasan berbukit risikonya tinggi. Jika sekadar hujan biasa ok lah tapi bila dah kilat sabung menyabung naik gerun juga. Kiranya semalam kami masuk tidur seawal jam 10 malam....siap tidur . Awal kan....selalunya waktu kita tidur selepas jam 12 so bagun pagi nie kira terlebih tidurlah pulak. Kita siap membaking apa yang patut di sebabkan terbangun awal jam 4.30 pagi...awal la selalunya kita bangun jam 5.30 am hhaha.
Ok kita nak cerita sikit bab nasi tomato nie...waktu kita kecik dulu bab tumbuk menumbuk guna lesung batu ...mak selalu kerah kita buat. Dalam resepi sebelum nie saya buat ikut resepi orang saja tapi kali ini kita buat ikut citarasa ibu pulak. Memang pelik sikit kan sebab ada jintan manis, jintan putih dan lada hitam.  Tapi hasilnya ...aroma nasi lain sikit dari biasa dan sedikit pedas laa.



Nasi Tomato
Sumber: CitarasaKu
250 gm beras basmati
1 cawan sup tomato
½ cawan susu cair
2 kuntum bunga lawang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil  jintan manis  - di tumbuk
1 sudu kecil jintan putih   - di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam  - di tumbuk
½ cawan minyak sapi/butter
3 tangkai daun pudina
2 tangkai daun sup- jika suka
2 helai daun pandan
Air mengikut sukatan beras
Garam dan sedikit gula seimbangkan rasa.

Tumiskan minyak dan tumis bawang merah, putih, daun pandan,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih  dan bahan yang di tumbuk tadi.
Masukan beras dan kacau sebentar dan masukan air,susu,sup tomato ,garam dan sedikit gula. Kacau dan biarkan mendidih dan masak. Setelah nasi masak masukan  daun pudina dan hirisan daun sup.

Monday, April 23, 2012

spaghetti dengan daun basil


Menu semalam di sebabkan semua orang tak nak makan nasi jadi kita prepare saja sajian simple. Mulanya nak buat pes pesto daun basil tapi tak jadi sebab ketiadaan pinenut takut nanti tak sedap...tak lemak gitu.
Akhir kita mengalah buat pasta yang kosong je.
Apapun yang simple ke tak simple ke semua nya habis di makan. Lega nya sebab tidak membazir.


Resepinya saya ikut suka guna apa yang ada...sedikit ala M'sia lah sebab tekak orang melayu nak makan semestinya pedas.

Spaghetti dengan daun basil
Sumber: CitarasaKu
 
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Spaghetti 1/2 paket - rebus hingga kembang sikit, bubuh garam buat perisa dn minyak sikit supaya tak lekat – simpan satu cwn air rebusan untuk sos.
  • Bawang Putih 3 biji – cincang halus
  • 1 biji bawang besar- di cincang halus
  • 2 tbs tepung gandum
  • 70 ml susu/whipped cream
  • Sosej Ayam 3 btg - potong nipis
  • Isi Ayam
  • Serbuk Lada Hitam –tumbuk kasar
  • Minyak Zaiton utk menggoreng
  • Sedikit mixed spice
  • Daun basil- ikut suka di cincang halus-taburkan saat akhir
Panaskan sedikit minyak zaiton dan masukan bawang putih di ikuti dengan sosej dan isi ayam goreng sebentar. Dalam pan satu lagi panaskan sedikit butter dan masukan tepung gaul sehingga hilang bau masukan air rebusan pasta. Biarkan mendidih masukan kerim dan perisakan dengan serbuk lada,mixed spice dan masukan semula bahan yang telah di goreng tadi.   Setelah sos masak tuangkan keatas spaghetti dan gaul hingga rata. Sebelum hidang taburkan daun basil yang telah di cincang halus dan jika suka tambah serbuk parmesan cheese.
-         Daun basil saya guna agak banyak sebab saya suka pedas. Dalam gambar saya tak letak banyak.



Sunday, April 22, 2012

Grill ikan sambal


Lunch buat hari ini adalah grill ikan sambal yang telah lama kita agak jarang masak di dapur. Menu yang simple saja dan senang di sediakan.


Nasi putih memang kena dengan lauk begini di samping sayur lemak kobis dan daging kicap . Daging kicap nie left-over lauk samalam kita panaskan saja dalam micro. Lega selesailah menu untuk lunch hari ini.

Ikan bakar bersambal
Sumber : CitarasaKu

Ikan kembung 8 ekor
sedikit minyak untuk gaul ikan supaya tidak melekat
daun kunyit- dihiris halus

Bahan kisar

10 btg cili kering
3 batang cili merah
1 batang serai- dipotong
1/2 inci belacan
perahan air limau
garam dan sedikit gula seimbangkan.

Bahan di kisar perlu di gorengkan terlebih dahulu. Biarkan sambal ini masak dan pecah minyak barulah di masukan hirisan daun kunyit.
Biarkan sambal sejuk sebelum di lumurkan pada ikan .
Panaskan grill (atau kali leper) dan panggang ikan sehingga masak. Dalam masa yang samalebhan sambal tadi titiskan pada ikan semasa memanggang .