Tuesday, February 21, 2012

Sarapan pagi tadi



Hari dah pun masuk lewat tengahari dan pada ketika ini orang pun dah makan nasi tengahari dan saya baru saja mengupdate menu pagi tadi.,,,sekarang baru free kan.
Waktu awal pagi sememangnya sibuk dengan tugas harian buat itu ini beginilah routine harian yang kadangkala membosankan dan kadangkala tidak juga. Seharian saya selalu berseorangan di rumah pada waktu ketika anak bersekolah. Jika anak pulang sekolah awal ...suka lah kita tapi jika pulang lewat petang ...saya cakap dengan pc saja maupun tonton AFC . 
Kadangkala kita ambil lunch memang lewat sebab tak seronk bila makan sorang kat rumah. Hb memang pulang lewat petang jika berkerja .
Roti canai nie saya beli ready dan goreng untuk dua beraak keluar tadi pagi di cicah pula dengan kari dhall sayuran yang di buat kelmarin. Kari dhall jika di simpan semalaman lagi sedap sebab ianya menjadi agak pekat dan rempah rempahnya lagi best.


DALCA SAYURAN
Sumber : Mama Medina (ibu mertua adik)
Bahan bahan nya
1 bungkus kari daging
120 gm kacang dhall- rendam semalaman utk cepat masak
250 ml santan
750 ml air
1 labu bawang besar        #
2 cm halia                           #
4 ulas bawang putih         #
Sedikit bunga lawang,buah pelage.kulit kayu manis, dan bunga cengkih
1 sudu serbuk makan lada hitam – utk elakan angin dlm badan
Garam serta gula secukup rasa

# Bahan bertanda di kisar

Bahan B- dihiris
1 btg kecil lobak merah
1 biji terung panjang
2 biji kentang-  saya guna kentang kecil 6 biji
1 biji buah tomato
2 biji cili hijau

Bahan C

125ml minyak masak
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 tangkai daun kari

Cara memasak:
1.     Masukan semua bahan A (kecuali santan )
Dalam periuk dan masak hingga kacang dhall masak atau empok.

Masukan kentang dan santan.
Kemudian masukan lobak merah ,terung,kacang panjang, buah tomato dan cili hijau.
            Tunggu hingga mendidih. Angkat periuk dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali berasingan dan tumis dengan bahan C    sehingga naik bau da sedikit
            Garing dan tuangkan kedalam kari tadi. Kacau sedikit….siap.




2 comments:

Chik Mimi said...

sedap ni noor ,cheq bab dalca ni mmg fail tak gheti nak buat

CitarasaKu said...

>> cik mimi..kita pun belajar kat mama(mertua adik) dulu dia buat katering org kawin kat perak road. Saya sebelum kawin dulu selalu lepak kat rumah mama dah mcm mak sendiri gak.