Sunday, February 26, 2012

Nasi Tomato


Nasi tomato ...hidangan tengahari kelmarin pagi nie baru dapat post/ Nasi tomato agak lama tak masak sebab si Yonyon lebih gemar pada nasi beriani.. Tapi jika selalu masak benda yang sama mesti boring kan, so kelmarin dia tak komen apapun sebab kengkawang dia suka makan nasi nie.
Nasi tomato kali ini mengunaka resepi mertua adik...yang sangat sedap.  Nasi tomato di makan bersama Ayam masak merah dan jelatah timun dan nenas.

Nasi tomato – versi Mama Medinah

BAHAN-BAHAN:

2 kg.Beras Basmathi
1/2 tin Kimball Tomato Sup.
3     sudu besar Kimball Tomato Puree.
1/2 tin susu cair.
*   Air mengikut sukatan beras 1 nisbah1.

Bahan Untuk Tumis.
3   sudu besar minyak sapi. Kalau tak suka ganti butter tapi rasa lain sikit.
2   btg. kayu manis 3″.
2   helai daun pandan dikerat 4 inci.
4   kuntum bunga lawang.
4   biji buah pelaga.
2   biji bawang besar dihiris.
1   sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia.
1   sudu besar bawang kisar.
1   sudu jintan manis.- kisar
1  sudu besar batu. jika tak ada gula biasa pun boleh
buah kismis dan sedikit janggus.

Cara-Cara Memasak:

1.  Panaskan periok, masukkan  minyak sapi.
2.  Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kismis, jangus. Dan seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia telah dikisar, daun pandan, bawang dikisar.
3.  Bila dah berbau wangi masukkan tomato sup,  puree, sus cair dan masukkan air yang telah disukat. Masukkan gula batu dan garam secukup. Tutup tudung periok.
3. Bila  mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Kecilkan api. 
Jika guna rice cooker lagi senang.
4. Agak nasi mulai masak renjis kan perwarna kuning
5. Untuk hiasan gunakan bawang goreng dan kacang peas atau daun pudina. 
Akhir sekali renjiskan dengan air mawar- jika suka la....untuk nasi berbau wangi dan harum....sedikit saja tau jika banyak lain pulak jadinya.






3 comments:

Chik Mimi said...

Noor cheq punplan nak buat nasitomato tapi last minit sbb nampak rempah bukhari duk parking je gobok tu ,buat tapi tak best la macam berempah sangat suka yg mild je macam nasi daging

CitarasaKu said...

cik mimi....saya suka sangat dengan nasi bukari tu ..bau dia tu yang best tambah pulak dgn daging bakar cicah dgn air asam...bertambah lah berat badan ooo

umiyumi said...

Isk sedapnya nasi tomato tu.. dah lama tak makan, minggu ni boleh la nak buat nasi tomato pulak :)