Tuesday, February 7, 2012

Creamy garlic pasta penne

Dah masuk dua hari tidak kemaskini blog. Sibuk.....tak juga tapi kurang sihat dengan faktor cuaca sekarang. Panas yang tersangat terik...rasanya jika boleh nak on air-con sepanjang hari. Alahai nanti cukup bulan teruk nak membayar jika semua bilik terpasang. Teringat kembali waktu kerja dulu jika cuaca terik nak keluar lunch pun tak rasa nak keluar jauh paling santai makan kat cafeteria saja lebih baik ada air-con dari keluar makan di warung luar kawasan. Sekarang nie dengar cerita terbaru di tema pat kerja lama cafeteria lagi kelas ala ala hotel siap dengan chef memasak makanan yang di pesan. Time kita kerja dulu pun suasana menarik berbanding company lain.
Berbalik pada kisah hari ini kita semua di serang selsema maka menu kita pun simple saja . Untuk lunch tadi kita ada nasi putih dengan sambal telur dan ikan bilis dan dinner hanya pasta dan custart blueberry sebagai pemanis mulut.


Creamy Garlic Penne

1 (1 lb) box penne or 1 (1 lb) box penne rigate , masak mengikut arahan dari paket  ( biarkan panas)
2 sudu besar butter ataupun  2 tablespoons margarine
2 bawang putih , di cincang kasar
2 sudu besar tepung biasa
¾ cup stok ayam atau daging ( jika taka da guna kuib ayam )
¾ cup susu segar
2 sudu teh daun parsley  kering /segar
Sedikit garam dan lada –ikut rasa
1⁄3 cwn keju  parmesan cheese yang siap di parut

Cairkan butter  agak sedikit panas masukan cincangan bawang putih –gunakan api perlahan selama 1 minit.
Masukan tepung dan kacau tanpa henti agak keperangan (atau masak ) masukan stok ayam dan susu. Kacau sehingga sos kelihatan sedikit pekat. Masukan daun parsley ,lada dan garam.
Akhir sekali masukan cheese dan tuangkan sos keatas pasta yang suam. Siap di hidangkan.

Nota:  Hiasan atas saya guna daun basil utk rasa sedikit pedas

2 comments:

Cekgu Maz said...

sedapnyer....sy suka pasta2 nie tp family xberapa nak telan...tekak melayu...ley try la nanti... :)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Akak suka ni....