Thursday, February 9, 2012

Jejari ayam goreng ranggup


Menu lunch hari ini.jejari ayam goreng ranggup Yonyon yang masih demam selsema minta di buatkan sesuatu yang tidak pedas. Puas juga mencari resepi yang sesuai akhirnya menemui resepi ini dalam Myresepi. Minta maaflah pada empunya resepi ini sebab saya dah ubah suai mengikut kesesuaian dan apa yang saya ada. Resepi asalnya boleh di lihat di SINI

 
Bahan-bahan ( 2 org makan )
Bahan perap: 2-3 keping dada ayam (hiris memanjang agak nipis)
1 sb serbuk lada
1 sb sos tiram
1 bj putih telur
sedikit garam

Bahan sadur:
2 sb tepung gandum
1 sk tepung jagung
Sedikit lada
Sedikit serbuk cili kasar
Sedikit garam
Kesemua bahan di atas di gaul rata.

Cara-cara
1.Campurkan semua bahan perap, gaul2 sebati dan perap dlm 15 minit
2.Dlm mangkuk lain, gaul kesemua bahan sadur
3.Golekkan ayam yang telah di perap kedalam telur putih dan kemudian sadurkan tepung berperisa
4. Goreng dalam minyak yang sedehana sehingga keperangan dan masak . Hidangkan bersama sos cili .

Nota: Hiasan bawang goreng besama daun kari


4 comments:

norlieharumaini said...

ringkas dan sedap

ijayuji said...

Salam kak! mekaseh dtg singgah n ingat kat kita lagi :) akak sihat? lama betul kita main ronda2 kat sini, ni tgh berusaha gigih buat lawatan hihihi.... tp mata kita ni dah kuyu gt2 sbb ngantuk :D tp nk tumpang makan dulu sblm tido, tgk jejajri ayam rangup tu sedap jerr kalau ratah2 gitu kan kan :D

E-na Lovely Kitchen said...

sukanya masak cenggini...sedap!

CitarasaKu said...

Norlie > Terim kasih ...saya suka yang ringkas hihi.

Ijayuji> Tulah...kita selalu buat lawatan kat rmh awak hihi sekarang dah kembali ahhhh bestnye.

Ena> hehehe kita pun suka biskut awak tu nanti kita nak buat juga...