Saturday, February 18, 2012

Nasi Beriani







Nasi Beriani sebagai menu pilihan hari ini . Lama juga kita tak masak nasi nie..seminggu yang lalu kita beli saja dari kedai di Tmn Sejati. Bila teringat nak makan nasi nie selalu kita beli dari situ sebab tiada tandingan dari kedai lain dan sedap.
Hari ini saya masak mengunakan resepi yang di ambil dari Myresepi. Agak lama juga saya tidak pasti siapa empunya asal resepi nie ...harap maaf tapi hasilnya sangat sedap.

Daging baryani 

Bahan-bahan

1 kg daging lembu dibersihkan dan di potong kecil.

  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 10 gm rempah tumis
  • * 4 tangkai lada hijau
  • * 6 biji bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • 3 sb rempah baryani
  • 2 sb tomato puree
  • daun saderi
  • daun bawang
  • daun ketumbar
  • daun pudina dipotong
  • 4 tangkai lada hijau
  • 2 biji tomato potong kecil
  • 3 sb besar susu cair diperah dgn 2 biji limau kasturi utk dijadikan tairu
  • gajus dan kismis di goreng
  • sedikit minyak sapi ghee utk menumis

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda *. Tuang sedikit bahan kisar kedalam daging dan diperap sekejap.
  2. Tumis bawang besar yg dihiris dgn rempah tumis hingga naik bau. Masukkan lebihan bahan kisar dan tumis hingga garing.
  3. Bila bahan tumisan sudah garing masukkan rempah baryani, tumis lg hingga betul2 garing dan naik bau. Masukkan daging dan masak daging hingga daging empuk. Masukkan sekali tomato puree, garam, gula dan pak aji.
  4. Bila daging hampir empuk masukkan tairu, tomato, lada hijau, daun-daunan yg dipotong lbh kurang 2 inci.
  5. Akhir sekali bila daging sudah masak masukkan gajus dan kismis yg telah digreng. Akan bangkit minyak bila daging masak, gunakan minyak itu utk buat nasi baryani.
  6. ** tips utk gunakan daging kambing, seeloknya perap dgg dgn tepung dulu sekurangnya 1 jam utk menghilangkan bau hanyir. 



 Nasi Beriani

3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis & biji pelaga)
6 ulas bwg merah (blend)
5 ulas bwg putih (blend)
2 inchi halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

CARA:
1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg 3. merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
3. masukkan air..tunggu sampai didih
4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
8. masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan



5 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wah meriah menu hari ni Noor

blogresipi.com said...

Sedapnye nasi beriani. Saya memang peminat setia nasi ni, lauk kambing pula kalau ada, umpph! hehe :D

HomeKreation said...

Salam Noor cayang. Nasib Along pun buat nasi beriani malam tadi kalau tidak mesti teringin giler ni....hehe

Cekgu Maz said...

waaa macam nak menyambut menantu plak...hehehe sedapnya..rajin buat nasi cam nie...sy xpayah berangan la nak buat selagi ada 3 mulut je kt umah nie...buat penat je buat so kna tunggu ramai la..hehe

CitarasaKu said...

>>Paty's ...request by my son..kena sediakan lah.

Along>> hihi kita dah terliur dengan ciskek awak tu.

Ijan>> lauk kambing akak tak pandai nak buat sangat.

Cekgu Maz>> hihi nak sambut menantu lambat lagi kot anak kita baru 15 tahun tapi kita praktis dulu haha nanti time dia kawin senang.