Tuesday, February 21, 2012

Roti Pisang ~ Banana Bread


Pisang yang masih berbaki bukan senang nak di habiskan . Tadi petang kita buat roti pisang ...nampak macam jenis kek saja. Apapun pisang kat rumah dah kita habiskan senang hati. Roti pisang nie kandungan gula saya kurang , Bila dah kurang saya tambahkan satu camca susu sejat untuk membuatkan nya terasa lemak sedikit. Apapun tadi hb cakap ok tak manis boleh makan.



Resepi kali ini di ambil dari Joy of baking. Saya rajin hari ini jadi saya dah tukar kepada Bm. 

Banana Bread – Roti pisang
Sumber :Joy of baking

Bahan
1 cwn (115 grams) walnuts atau  pecans, dipanggang dan di potong kasar
1 3/4 cwn (230 grams) tepung serbaguna
3/4 cwn (150 grams) gula pasir
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1 tsp serbuk cinnamon – jika suka
2 biji telur, di pukul sedikit
1/2 cwn (113 grams) butter tanpa garam biarkan cair dan sejuk
3 biji pisang (lebih kurang 454 grams), di hancurkan
1 tsp vanilla essence

Cara

Panaskan oven to 350 degrees F (180 degrees C)
Sapukan acuan dengan butter dan tabor denga sedikit tepung untuk elakan ianya melekat . Acuan  9 x 5 x 3 inch (23 x 13 x 8 cm) loaf pan. Ketepikan.
Bakar kekacang dalam baking sheet sebentar lebih kurang 8-10 min dan biarkan sejuk dan di cincang kasar.

Masukan kesemua tepung,gula, baking powder, baking soda, garam, cinnamon, dan kacang – ketepikan.
Di dalam mangkok lain campurkan pisang,telur,butter cair dan vanilla.
Dengan mengunakan senduk kayu secara ringgan kacau perlahan dan masukan kedalam mangkok yang berisi tepung. Kaup balik agar sebati . Jangan terlalu kacau
Masukan kedalam acuan dan bakar lebih kurang 45-55 minit atau sehingga masak.


3 comments:

E-na Lovely Kitchen said...

nak ichigo 2 biji tu...kek pun nak juga...:))

Chik Mimi said...

Noor nampak sedap la dengan stoberi duk bertenggek 2 biji tu
ada untuk cheq dak?

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Irresistible!!! Serious am tempted! :)