Tuesday, February 28, 2012

Roti Jala & gu;ai Daging cincang


Makanan petang tadi sampai lah ke makan malam. Bila makan makanan berat memang lah kenyang dan tak perlu nak prepare dinner. Masing masing dah kenyang kita pun boleh rest.
Lagipun si Yonyon kurang sihat pagi tadi di sebabkan kelmarin di sekolah dia semua penuntut mendapat suntikan vaksin...bangun pagi tadi lengan dia terasa berat untuk bergerak dan terasa panas badan. So kira dia tuang sekolah lah pagi tadi. Tapi kita dah pun prepare surat tidak hadirh satu hadir untuk di berikan pada guru kelas. 

Berbalik pada roti jala nie memang lama juga lah kita tidak buat tiba tiba mood datang setelah kita rasa sayang semua orang hari ini tak ada selera nak makan nasi..maka gulai daging satu periuk ridak terusik.
Itulah timbul idea untuk membuat roti jala nie. Memandangkan semua bahan ada maka kerja membuat nya menjadi lah.




Popular cake masa kini


Kek yang menjadi trend masa kini. Kebanyakan blogger masak ramai dah yang mencuba. Kelmarin giliran dapurku pulak membuatnya. Walaupun kek nie memang simple tapi kadangkala kita fail juga. Diatas kelemahan diri sendiri kek menjadi sedikit berderai bila di sentuh. Teramat gebu susah juga bila di potong nanti.
Sebagai pembetulan kek tersebut saya ubah suai sedikit dengan menambah custart dan jeli blackcurrant . Dengan menambah custart dan jeli ianya dapat membantu kek itu dari berderai dan senang di makan. Hasilnya berbaloi juga .. 



d




Cara nya adalah...keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan. Potong sedikit bahagian atas bagi sama dan lapiskan acuan kek tadi dengan plastic . (gunakan plastic wrap biar lebih acuan supaya senang di angkat keluar )
Masukan adunan custart yang telah siap di masak ...(resepi nie saya guna  Resepi MamaFami ) menutupi permukaan kek. Masukan kedalam petisejuk. Bekukan sebentar. Setelah lapisan mengeras tuangkan bancuhan jeli sebarang perisa keatas lapisan custart tadi.  ( saya guna blackcurrrant jika ada strawberry lagi ceria la )


Resepi di ambil dari blog masak Nuanza....sepanjang jalan kenangan

Kek Batik Arora
bahan2:

250 g mentega
100  gram gula castor
1/2  cawan susu pekat manis- leh guna 3/4 cwn utk lebih manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

cara:

pukul mentega + gula sampai kembang memutih
masukkan susu pekat manis
pukul sebati
masukkan telur sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis
ayak tepung + baking powder
masukkan kedalam adunan
pukul lagi sampai adunan sebati

bahagikan adunan kpd 5 bhgn..
warnakan + perisakan ikut kesukaan
sediakan loyang...
tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis
(setiap tompok 1 senduk)

bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam
 


Monday, February 27, 2012

Makan makan di Le Boss


Makan makan di kawasan berdekatan rumah saja. Sepetang nan hujan membuat badan terasa kurang sihat..maka makan di luar menjadi pilihan. Kedai makan maupun restaurant di S.P sekarang pun tumbuh bagai cendawan . Jika waktu pertama kali saya di negeri Kedah nie memang susah jika mencari kedai yang menjual makanan western sekarang semua sudah berubah. Banak kedai menjual makanan barat dan masakan Thai.
Kami order tiga pinggan chicken chop yang berlainan sos iaitu sos cendawan, bbq dan sos blackpepper dan juga sepinggan nasi goreng kampung. Dari segi rasa saya rasa kurang dari kedai yang selalu saya makan.
Mungkin sebab ayam yang di goreng terlebih garing buat rasanya kurang menarik.
Manakala nasi goreng kampung ...biasa biasa saja.














Sunday, February 26, 2012

Nasi Tomato


Nasi tomato ...hidangan tengahari kelmarin pagi nie baru dapat post/ Nasi tomato agak lama tak masak sebab si Yonyon lebih gemar pada nasi beriani.. Tapi jika selalu masak benda yang sama mesti boring kan, so kelmarin dia tak komen apapun sebab kengkawang dia suka makan nasi nie.
Nasi tomato kali ini mengunaka resepi mertua adik...yang sangat sedap.  Nasi tomato di makan bersama Ayam masak merah dan jelatah timun dan nenas.

Nasi tomato – versi Mama Medinah

BAHAN-BAHAN:

2 kg.Beras Basmathi
1/2 tin Kimball Tomato Sup.
3     sudu besar Kimball Tomato Puree.
1/2 tin susu cair.
*   Air mengikut sukatan beras 1 nisbah1.

Bahan Untuk Tumis.
3   sudu besar minyak sapi. Kalau tak suka ganti butter tapi rasa lain sikit.
2   btg. kayu manis 3″.
2   helai daun pandan dikerat 4 inci.
4   kuntum bunga lawang.
4   biji buah pelaga.
2   biji bawang besar dihiris.
1   sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia.
1   sudu besar bawang kisar.
1   sudu jintan manis.- kisar
1  sudu besar batu. jika tak ada gula biasa pun boleh
buah kismis dan sedikit janggus.

Cara-Cara Memasak:

1.  Panaskan periok, masukkan  minyak sapi.
2.  Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, kismis, jangus. Dan seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia telah dikisar, daun pandan, bawang dikisar.
3.  Bila dah berbau wangi masukkan tomato sup,  puree, sus cair dan masukkan air yang telah disukat. Masukkan gula batu dan garam secukup. Tutup tudung periok.
3. Bila  mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Kecilkan api. 
Jika guna rice cooker lagi senang.
4. Agak nasi mulai masak renjis kan perwarna kuning
5. Untuk hiasan gunakan bawang goreng dan kacang peas atau daun pudina. 
Akhir sekali renjiskan dengan air mawar- jika suka la....untuk nasi berbau wangi dan harum....sedikit saja tau jika banyak lain pulak jadinya.






Saturday, February 25, 2012

Vanilla cuppies with strawberry cream


Petang ini kami tidak kemana mana sebab kengkawan anak datang ke rumah buat kerja sekolah. Jadi jadual untuk keluar ke rumah emak tertangguh. Insyallah esuk lusa jika izin kami akan melawat abah dan emak.  Dan untuk hidangan petang sabtu nie saya buat kan setengah doh pastri karipap bersama inti kentang yang telah di rebus awal pagi. Mulanya rebus kentang untuk di buat bingka kemboja...tapi last minit kengkawan anak tak suka pulak kuih begini jadi saya tukarkan jadi inti karipap dan di tambah dengan hirisan isi ayam dan daun sup.


Inilah saya sajikan sebagai minum petang bersama dengan cuppies vanilla berkrim strawberry. Saya gunakan krim susu yang di pukul kental bersama dengan puree buah strawberry dan sedikit jem strawberry untuk hasil warna kemerahan dan gula icing .( saya kurangkan gula agak agak saja ) Bahagian atas letak saja buah strawberry  dan manik biru laut. 




Nasi Lemak


Bersarapan dengan nasi lemak berserta  dengan sambal udang dan juga telur. Satu kekurangan pada nasi lemak pagi ini adalah tak ada sayur kangkung. Emmm jika ada sayur kangkung lagi bertambah sedap. Tapi bila dah makan breakfast yang berat begini ......lambat lah terasa nak makan tengahrai.
Apapun hari ini cadang nak masak ayam masak merah saja sebab kengkawan Yon yon datang ke rumah buat group study.



Sambal Udang  Jintan Manis
sumber: sendiri

Bahan-Bahan:
Udang besar 500 gm
Bawang besar 2 biji
2 ulas bawang putih
Cili kering  10 tangkai
1 tsp jintan manis
Belacan secubit

( kesemua bahan di atas di mesin )

 Bawang besar setengah biji, dihiris
Air asam jawa satu mangkuk

Cara:
1.Bersihkan udang. Potong ekor dan kepala.
2.Bawang besar, cili kering dan belacan dimesin sehingga lumat.
3.Panaskan minyak.
4.Masukkan cili yang dimesin dan goreng sehingga naik bau.
5.Masukan air asam dan tunggu sehingga kuah agak pekat
Dan masukan udang.
6.Taburkan hirisan bawang.
7.Sedia untuk hidangan.

Friday, February 24, 2012

Mee goreng....saja for tonight


Hujan yang turun bagaikan mutiara...hhaha apapun tiang wireless internet tadi jatuh terhumban ke bumi. Angin yang kuat seperti ribut pun ada memang terasa takut sangat. Seperti biasalah bila tiang signal dah jatuh kita pun tak dapat online apa apapun.  Baru je siap Hb perbaiki. sedikit sebanyak membantu mendapat kan signal tapi kurang stabil  esuk lusa Mr Tm kena datang lagi repaired pulak. Memang leceh pakai Evdo system nie tapi ini saja yang ada di kawasan perumahan baru macam nie.
Untuk makan mee goreng  lada hitam with sotong dan telur saja.
Bila waktu hujan begini makanan apa pun cepat mendapat sambutan...lapar kan.



Thursday, February 23, 2012

Menu sihat ~ Pan fried chicken

Memulakan rutin harian di rumah kadangkala amat memenatkan. jika kita tidak membuat planning. Tapi jika kita dah tahu apa yang perlu di lakukan dulu senang saja.....beres. Selalunya tugasan awal pagi adalah kutip kain baju terpakai dan letak ke dalam mesin basuh ...itu ini dan on saja. Setelah mandi, wuduk jika dah masuk waktu maka bermula sessi  memasak sarapan. Jemu dan tidak tapi inilah kemestian bagi surirumah.
Jika suatu waktu dulu ...bangun pagi seawal 4.30 pagi mandi,bersiap diri ketempat kerja dan menghantar anak ke rumah emak sebelum ketempat kerja. sampai di tempat kerja jika awal terus ke Mac D sarapan atau ke kedai mamak sebelum masuk office. Masuk tempat keja...clock-in badge masuk pejabat terus ke surau ...solat dan masuk buat keja. Rindu sangat kat kengkawan lama ..Kak adah, Noor Zaini, Jeet, mak chik atau che putih, Betty,Ann,Devi. dan ramai lagi laa. Rindu pada gelagat kengkawan waktu kerja dan yang paling best bila ada seminar kat Equatorial memang gamat atau makan makan kat Vitoria Station .  Dah... kena stop sampai sini nanti melalut kat lain pula. Apapun entry makanan ini mengingatkan kita pada mereka. Jika mereka membaca posting nie  pasti mereka tersenyum sendiri....ada laaa.

Menu sihat untuk hari ini ...saya cicah isi ayam dengan air asam saja...so malay style kan tapi sedap.


Pan fried chicken
Ilham dari Afc


½ bahagian ayam
2 tsp serbuk paprika
1 tsp garam
1 tsp serbuk lada – saya tumbuk kasar
1 tsp serbuk bawan putih
1 tbs minyak olive

2 biji bawang besar- di potong bulat dan di goreng garing- utk di tabor atas ayam sebagai hiasan.

Perap ayam dengan bahan di atas kira kira 30 min…lebih lama lagi bagus.
Bakar di dalam pan yang di tuang dengan sedikit minyak secara perlahan lahan sehingga kulit ayam garing dan bertukar warna.

Setelah itu di angkat dan di masukan ke dalam tin pembakar dan grill dalam oven selama 15-20 min atau sehingga masak.
Hidangkan bersama perahan air lemon dan bawang yang telah di goreng.

Onion noddle with mushroom


Argg pagi pagi nie bila edit gambar dan bila posting barulah nampak error typo kat atas tu. Biarkanlah saja sebab malas nak tukar tukar dah.. Janji ada gambar cukup.
Sarapan saya yang simple sebelum memulakan hari . Jarang saya dapat makan jenis mee begini di pagi hari sebab tak sempat nak buat..tapi yang inilah paling kita suka. Awal  pagi dapat hirup sup panas panas walaupun sup tu simple saja terasa lega. Apapun mee maggie pun boleh tahan juga jika kita tambah itu ini kan janji kenyang.
Noddle hari ini adalah mee telur di masak bersama hirisan sausaged berkeju ,sedikit hirisan ayam left-over semalam . Yummy....


Tuesday, February 21, 2012

Roti Pisang ~ Banana Bread


Pisang yang masih berbaki bukan senang nak di habiskan . Tadi petang kita buat roti pisang ...nampak macam jenis kek saja. Apapun pisang kat rumah dah kita habiskan senang hati. Roti pisang nie kandungan gula saya kurang , Bila dah kurang saya tambahkan satu camca susu sejat untuk membuatkan nya terasa lemak sedikit. Apapun tadi hb cakap ok tak manis boleh makan.



Resepi kali ini di ambil dari Joy of baking. Saya rajin hari ini jadi saya dah tukar kepada Bm. 

Banana Bread – Roti pisang
Sumber :Joy of baking

Bahan
1 cwn (115 grams) walnuts atau  pecans, dipanggang dan di potong kasar
1 3/4 cwn (230 grams) tepung serbaguna
3/4 cwn (150 grams) gula pasir
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1 tsp serbuk cinnamon – jika suka
2 biji telur, di pukul sedikit
1/2 cwn (113 grams) butter tanpa garam biarkan cair dan sejuk
3 biji pisang (lebih kurang 454 grams), di hancurkan
1 tsp vanilla essence

Cara

Panaskan oven to 350 degrees F (180 degrees C)
Sapukan acuan dengan butter dan tabor denga sedikit tepung untuk elakan ianya melekat . Acuan  9 x 5 x 3 inch (23 x 13 x 8 cm) loaf pan. Ketepikan.
Bakar kekacang dalam baking sheet sebentar lebih kurang 8-10 min dan biarkan sejuk dan di cincang kasar.

Masukan kesemua tepung,gula, baking powder, baking soda, garam, cinnamon, dan kacang – ketepikan.
Di dalam mangkok lain campurkan pisang,telur,butter cair dan vanilla.
Dengan mengunakan senduk kayu secara ringgan kacau perlahan dan masukan kedalam mangkok yang berisi tepung. Kaup balik agar sebati . Jangan terlalu kacau
Masukan kedalam acuan dan bakar lebih kurang 45-55 minit atau sehingga masak.


Sarapan pagi tadi



Hari dah pun masuk lewat tengahari dan pada ketika ini orang pun dah makan nasi tengahari dan saya baru saja mengupdate menu pagi tadi.,,,sekarang baru free kan.
Waktu awal pagi sememangnya sibuk dengan tugas harian buat itu ini beginilah routine harian yang kadangkala membosankan dan kadangkala tidak juga. Seharian saya selalu berseorangan di rumah pada waktu ketika anak bersekolah. Jika anak pulang sekolah awal ...suka lah kita tapi jika pulang lewat petang ...saya cakap dengan pc saja maupun tonton AFC . 
Kadangkala kita ambil lunch memang lewat sebab tak seronk bila makan sorang kat rumah. Hb memang pulang lewat petang jika berkerja .
Roti canai nie saya beli ready dan goreng untuk dua beraak keluar tadi pagi di cicah pula dengan kari dhall sayuran yang di buat kelmarin. Kari dhall jika di simpan semalaman lagi sedap sebab ianya menjadi agak pekat dan rempah rempahnya lagi best.


DALCA SAYURAN
Sumber : Mama Medina (ibu mertua adik)
Bahan bahan nya
1 bungkus kari daging
120 gm kacang dhall- rendam semalaman utk cepat masak
250 ml santan
750 ml air
1 labu bawang besar        #
2 cm halia                           #
4 ulas bawang putih         #
Sedikit bunga lawang,buah pelage.kulit kayu manis, dan bunga cengkih
1 sudu serbuk makan lada hitam – utk elakan angin dlm badan
Garam serta gula secukup rasa

# Bahan bertanda di kisar

Bahan B- dihiris
1 btg kecil lobak merah
1 biji terung panjang
2 biji kentang-  saya guna kentang kecil 6 biji
1 biji buah tomato
2 biji cili hijau

Bahan C

125ml minyak masak
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 tangkai daun kari

Cara memasak:
1.     Masukan semua bahan A (kecuali santan )
Dalam periuk dan masak hingga kacang dhall masak atau empok.

Masukan kentang dan santan.
Kemudian masukan lobak merah ,terung,kacang panjang, buah tomato dan cili hijau.
            Tunggu hingga mendidih. Angkat periuk dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali berasingan dan tumis dengan bahan C    sehingga naik bau da sedikit
            Garing dan tuangkan kedalam kari tadi. Kacau sedikit….siap.