Hari kedua sekolah bermula...menu kampung menjadi pilihan. Hari ini saya masak ikan masin masak lemak dengan labu kuning pemberian maksu Tg.Piandang . Hehe masa pulang dari rumahnya tempohari banyak buah buahan yang dia bekalkan pada kami. Buah manga, labu kuning, limau nipis dan belimbing buluh....puas nak menghabiskan nya.
Ikan masin masak lemak labu
Olahan: CltarasaKu
Bahan-bahan:
150 gm Ikan masin –
250 gm Labu kuning
- dipotong kiub
5 10 biji Cili padi
- kisar
50 gm Kunyit hidup
- kisar
Sedikit belacan -
kisar
1 labu bawang besar- kisar
½ kiub ikan bilis
Serai (ketuk) 2 batang
Santan cair 250 gram
Santan pekat 200mililiter
Garam – jika perlu
4-7 biji belimbing buluh
Cara masakan:
1.Masukkan bahan kisar
dan renehkan dengan api perlahan.Masak bersama ikan masin serta labu
kuning.
2.Renehkan dengan api sehingga labu lembut,selepas itu
masukkanp santan pekat dan buah belimbing buluh yang di hiris dua.
3.Masukkan perasa dan tutup api.
4.Sedia utk dihidangkan
1 comment:
Salam kenal dan follow sini ye.
Post a Comment