Selamat petang...baru time nie ada sedikit masa terluang untuk mengupdate blog..hehe curi curi masa sikit...sat gi dah masuk Asar pastu akan sibuk di dapur pulak.
Nie menu berbuka kelmarin. Saya lebih suka makan dan bersantai di rumah ....lega.
Kari ketam dengan nenas adalah kesukaan ku tak kira masa dan semestinya di gandingkan dengan nasi putih.
Ikan kembong borong kat Tesco ...segar segar baru di letakan di atas tray besar...maka berebut rebut orang megambil nya dan tidak ketinggalan lah saya. Tapi saya beli 8 ekor je..yang bersaiz sederhana. Masa beli tu dok fikir gak nak masak apa beli ikan nie.Waktu pulang baru teringat masa makan semalam kat situ nampak lah ikan bakar tapi ada kureng sikit ( tak mau citer lah ...tak baik kan ) So petang semalam selepas mencuci ikan terus saja kita perap dengan sedikit garam, serbuk bawang putih,sedikit kunyit serbuk dan cili paprika dengan sedikit minyak biasa. Perapan lebih kurang 3-4 jam sebelum di bakar. Pada saat akhir nak bakar saya titiskan pada kesemua ikan dengan sos berperisa maggi dan daun thyme. Memang harum wangi la semasa memanggang di atas kuali pemanggan. Cantik bila masaksebab kulit ikan tidak melekat pada pemanggang. Untuk sos cicah boleh lah guna apa apa sos tapi versi saya hari nie nak pedas maka saya tumbuk sambal belacan kaw (pedas) la pastu tambahkan hirisan bawang kecil, airasam dan sedikit gula perang bersama air limau kasturi...memang ngam .
Sori ye...jangan lah terliur pulak kang terbatal puasa...tapi sekarang pun dah tak lama lagi berbuka boleh lah buat hehe cara simple nie.
No comments:
Post a Comment